fbpx
More

    ASUS akan lancarkan komputer berfokuskan AI pada 21 Mei 2024

    Syarikat komputer dari Taiwan, ASUS, telah mengumumkan acara pelancaran virtual Next Level. AI Incredible. yang akan berlangsung pada hari Selasa, 21 Mei 2024 jam 2:00 pagi waktu Malaysia. Ia menyaksikan pelancaran komputer ultra mudah alih (ultraportable laptop) terbaharu oleh ASUS yang akan mengetengahkan fungsi kecerdasan buatan (AI).

    Ia bakal menjadi komputer pertama dalam siri ASUS AI PC yang akan memanfaatkan fungsi AI yang ditawarkan oleh Microsoft, ASUS dan Qualcomm. Kita boleh menjangkakan kekunci Copilot pada komputer riba ini untuk akses pantas kepada fungsi AI.

    Seperti yang dijangka, pelbagai jenama peranti akan memperkenalkan produk berasaskan penggunaan AI sepanjang 2024. Ia dimulakan oleh siri Samsung Galaxy S24, kemudian diikuti oleh pelbagai jenama lain.

    Pelancaran komputer ini akan disiarkan secara langsung dalam laman web ASUS. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia “A Heartwarming World” kini di Malaysia

    HUAWEI dengan bangga mengumumkan pelancaran Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia bertema "A Heartwarming World – 12 Years of HUAWEI Photography" di Pavilion Sentul...

    TikTok sedang menguji ciri muat naik video selama 60 minit

    TikTok sedang menguji ciri baharu dengan muat naik video sehingga 60 minit dan menjadikannya seperti YouTube. Ciri ini kini tersedia kepada kumpulan...

    Xiaomi akan lancarkan SUV elektrik untuk bersaing dengan Tesla Model Y pada 2025

    Jualan kereta elektrik Xiaomi SU7 meningkat mendadak sejak dilancarkan dan dengan mudah mencapai sasaran jualan sebanyak 100,000. Menurut laporan, Xiaomi kini sedang...

    Yoodo bakal hentikan operasinya pada 29 Ogos 2024

    Dalam menunaikan komitmen aku janji kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penggabungan CelcomDigi, Yoodo mengumumkan bahawa perkhidmatan mereka akan dihentikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X