fbpx
More

    Dyson Purifier Cool Formaldehyde dilancar di Malaysia: Penapis udara formaldehid & virus bermula RM2,899

    Dyson Malaysia telah melancarkan mesin pembersih udara Dyson Purifier Cool dan Dyson Purifier Cool Formaldehyde yang dilengkapi teknologi pengesanan formaldehid untuk menghasilkan kualiti udara yang bebas daripada bahan berbahaya. Mesin ini dilengkapi pengesan formaldehid solid-state yang lebih bermutu tinggi berbanding sensor formaldehid gel-state dalam pembersih udara lain.

    Formaldehid adalah sejenis bahan pencemar yang dilepaskan oleh bahan pelekat damar (resin) dalam perabot dan produk kayu serta cat dan cecair pembersih rumah. Ia adalah 500 kali lebih kecil daripada zarah yang mempunyai saiz 0.1 microns, membuatkannya pencemar yang sukar untuk dibersihkan oleh mesin pembersih udara lain.

    Dysone Purifier Cool (kiri) dan Dyson Purifier Cool Formaldehyde

    Dyson Purifier Cool Formaldehyde dilengkapi penapis Selective Catalytic Oxidisation (SCO) yang menghapuskan formaldehid dan penapis HEPA 13 yang boleh menapis sehingga 99.95% zarah bersaiz 0.1 micron. Penapis itu juga boleh menapis pelbagai jenis virus termasuklah H1N1, bakteria, alergen, spora dan debunga.

    Dyson juga mengatakan sistem aliran udara yang baru membuatkan mesin pembersih udara itu lebih senyap sebanyak 20% daripada mesin Dyson sebelum ini, iaitu daripada 64 kepada 61 desibel. Udara yang telah ditapis boleh dikitarkan di seluruh bilik dengan Dyson Air Multiplier Technology, manakala mesin tersebut boleh dikawal melalui aplikasi Dyson Link App atau bantuan suara.

    Dyson Purifier Cool Formaldehyde akan dijual di Malaysia pada harga RM3,199 manakala Dyson Purifier Cool akan dijual pada harga RM2,899. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mesin ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Xiaomi Pad 6S Pro 12.4 dilancar di Malaysia: Skrin 3K 144Hz, bateri 10,000mAh, cas...

    Pada hari ini, Xiaomi Malaysia melancarkan Xiaomi Pad 6S Pro 12.4 iaitu sebuah tablet besar dengan skrin berukuran 12.4 inci dan boleh...

    Apple sekat lebih ~RM33 bilion dalam percubaan penipuan menerusi App Store

    Dalam tempoh empat tahun (2020-2023), Apple mengatakan bahawa mereka telah menghalang lebih $7 bilion (~RM33 bilion) dalam transaksi penipuan, menyekat 375,000 aplikasi...

    Ini adalah senarai ciri AI yang diumumkan pada acara Google I/O 2024

    Pada acara Google I/O, Google turut memperkenalkan beberapa kemas kini baharu pada Gemini AI. Terdapat versi Gemini 1.5 Flash baharu, Gemma 2,...

    Google Veo dilancar, boleh hasilkan video AI beresolusi 1080p daripada arahan teks

    Selepas OpenAI melancarkan teknologi penghasilan video berdasarkan model kecerdasan buatan (AI) Sora, kini Google pula melancarkan teknologi yang serupa iaitu Veo. Ia...

    Peranti Android akan datang boleh kesan panggilan penipuan dengan sokongan AI

    Dalam Persidangan Pembangun I/O 2024 yang diadakan hari ini, Google mengumumkan pengenalan fungsi pengesanan panggilan penipuan AI untuk sistem Android. Sistem AI...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X