fbpx
More

    Google akan sediakan “filter” khas untuk carian laman web yang bukan dijana oleh AI

    Dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin maju pada waktu ini, perkhidmatan enjin carian Google mengumumkan bahawa mereka akan memaparkan hasil carian yang dijana oleh AI bersama hasil carian berdasarkan laman web yang dibina oleh individu sebenar.

    Untuk maklumat anda, fungsi ini membenarkan hasil carian yang dihasilkan oleh AI untuk dipaparkan di bahagian atas dalam laman hasil carian. Ia akan diikuti dengan senarai pautan laman web di bahagian bawahnya.

    Sungguh pun begitu, langkah ini mungkin akan mengecewakan para pengguna kerana hasil carian tersebut akan mengutamakan kandungan AI. Selain itu, para pengguna mungkin tidak biasa dengan antara muka baharu dalam laman carian Google ini.

    Jika anda ingin hasil carian yang mengutamakan laman web, anda boleh pilih penapis (filter) yang khas bernama “Web”. Penapis ini akan memaparkan senarai laman web seperti hasil carian Google yang biasa, dan tidak akan memaparkan sebarang kandungan berdasarkan AI.

    Ini juga bermaksud pengguna perlu membuat satu langkah tambahan jika mereka ingin utamakan carian laman web, jadi penapis Web ini mungkin tidak akan digunakan dengan meluas pada masa hadapan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Xiaomi tambah Gaming Monitor G34WQi & Robot Vacuum X20+ untuk jualan 6.6

    Sempena kempen Jualan 6.6 Xiaomi Malaysia, syarikat itu telah menambah Xiaomi Curved Gaming Monitor G34WQi dan Robot Vacuum X20+ baharu ke dalam...

    HONOR Magic6 Pro Cloud Purple kini dijual di seluruh Malaysia pada harga RM4,499

    HONOR Magic6 Pro dalam warna lavender lembut Cloud Purple mula dijual di seluruh Malaysia mulai hari ini dengan harga RM4,499. Ia dilengkapi...

    KTMB umum 6 perkhidmatan baru ETS Express yang akan bermula 1 Ogos ini

    Mulai 1 Ogos, KTM Berhad (KTMB) akan melancarkan perkhidmatan ETS Express baharu untuk mengurangkan masa perjalanan di beberapa laluan utama. Perkhidmatan baharu...

    MediaTek Dimensity 7300, 7300X dilancar dengan prestasi permainan dan AI yang dipertingkatkan

    MediaTek hari ini mengeluarkan dua cipset pertengahan baharu iaitu Dimensity 7300 dan Dimensity 7300X. Kedua-dua cip direka pada nod proses 4nm dan...

    Kerjasama Qatar Airways, Starlink tawarkan internet berkelajuan 500Mbps semasa penerbangan

    Qatar Airways kini telah mengumumkan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan internet berasaskan satelit, Starlink. Melalui kerjasama ini, pesawat Qatar Airways akan dilengkapi dengan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X