Hari ini, HUAWEI Malaysia membuat pengumuman mengejut mengenai harga dan ketersediaan Siri HUAWEI Pura 70. Dalam laman rasmi HUAWEI Malaysia, tempahan Pura 70, Pura 70 Pro dan Pura 70 Ultra telah disenaraikan pada harga RM3,699, RM4,899 dan RM6,599.
Tempahan bermula hari ini (2 Mei) hingga 24 Mei 2024 dan ia bukan hanya tapak web, tetapi juga HUAWEI Experience Stores terpilih. Hadiah percuma melebihi RM2,000 boleh direbut apabila anda membuat tempahan siri Pura 70 semasa tempoh yang dinyatakan dan mendapat lebih RM500 penjimatan.
Hadiah termasuk keahlian gim, kopi percuma, tiket wayang dan banyak lagi daripada AirAsia, Dadi Cinema serta Ogawa. HUAWEI Malaysia juga menawarkan rebat tukar-ganti (trade in) eksklusif untuk pelanggan yang telah membuat tempahan.
Pembeli boleh menuntut rebat selepas membuat pembayaran penuh dari 25 Mei hingga 30 Jun 2024 di cawangan yang mengambil bahagian seperti yang ditunjukkan dalam jadual di atas. Mereka yang berminat untuk melihat pratonton Siri Pura 70 terbaharu boleh mengunjungi Kedai Pengalaman HUAWEI terpilih.
Untuk menempah slot untuk pratonton, anda boleh mendaftar melalui pautan di sini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai spesifikasi siri Pura 70, anda boleh klik di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.