More

    Astro bakal siar semua perlawanan siaran langsung UEFA EURO 2024 di SPOTV

    Astro Malaysia mengumumkan bahawa kesemua 51 siaran langsung perlawanan UEFA EURO 2024 akan disiarkan dalam kualiti Definisi Tinggi (HD) melalui dua saluran utama iaitu SPOTV Stadia (Saluran 808) dan SPOTV2 (Saluran 809) serta disediakan di Astro GO, sooka dan NJOI.

    Perlawanan UEFA EURO 2024 bakal berlangsung di Jerman bermula 14 Jun hingga 14 Julai 2024 dan semua pelanggan Astro Sports Pack akan mendapat akses percuma untuk menyaksikan UEFA EURO 2024. Tambahan, siaran SPOTV juga menyajikan sorotan perlawanan dan tontonan pelbagai aktiviti sepanjang kejohanan.

    Selain daripada Astro, anda juga boleh melanggan sooka dengan membeli ‘EU Pass’ pada harga RM39.80 untuk semua peranti kecuali televisyen dan NJOI yang akan disediakan menerusi Sports Mega Pack pada harga RM15/hari atau RM47/30hari bermula 12 Jun 2024 hingga 15 Julai 2024. Kesemua pelan langganan di sooka dan NJOI adalah tanpa kontrak dan sifar komitmen.

    SPOTV Stadia (Saluran 808) dan SPOTV2 Stadia (Saluran 809) akan disiarkan bermula 12 Jun 2024 dengan susunan program pra-perlawanan. Untuk maklumat lanjut, sila layari astro.com.my. Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured