fbpx
More

    Siri iQOO Z9 5G dilancar di Malaysia: SD 7 Gen 1 & bateri 6,000mAh bermula RM657

    Seperti khabar angin sebelum ini, iQOO Malaysia telah melancarkan dua model telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan iaitu iQOO Z9 5G dan iQOO Z9x 5G dengan spesifikasi menarik pada harga berpatutan.

    iQOO Z9x 5G yang mempunyai skrin IPS LCD FHD 6.72 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan dikuasakan oleh cipset Snapdragon 6 Gen 1. Ia dilengkapi dengan RAM 8GB, storan 256GB dan bateri 6,000mAh dengan sokongan pengecasan 44W.

    Kamera belakangnya mempunyai resolusi 50MP dan sensor kedalaman 2MP, manakala kamera hadapan adalah 8MP. iQOO Z9x 5G juga dilengkapi dengan pelbagai ciri seperti pengimbas cap jari sisi, speaker mono, sokongan NFC dan ia mempunyai penarafan IP64 untuk kalis air.

    Selain iQOO Z9x 5G, iQOO Z9 5G juga diperkenalkan dengan spesifikasi yang lebih tinggi di mana skrinnya membawa panel AMOLED FHD 6.78 inci dengan kadar segar semula 144Hz dan dikuasakan oleh cipset Snapdragon 7 Gen 3. Seperti Z9x, ia dilengkapi dengan RAM 8GB, storan256GB dan bateri 6,000mAh dengan pengecasan 80W.

    Kamera belakangnya juga memiliki resolusi 50MP dan sensor kedalaman 2MP, tetapi kamera swafotonya menampilkan sensor 16MP. Z9 5G dilengkapi dengan ciri seperti pengimbas cap jari di bawah skrin, speaker stereo, pemancar IR dan sokongan NFC. Sistem operasinya adalah OriginOS 4 berasaskan Android 14.

    Untuk jualan awal, iQOO Z9x 5G ditawarkan pada harga promosi yang menarik di Malaysia di mana versi 8/128GB dijual pada harga RM657 manakala versi 8/256GB dijual pada harga RM722. Pembeli juga akan menerima hadiah percuma fon telinga berwayar iQOO XE160 serta jaminan tambahan satu tahun dan jaminan skrin pecah 365 hari bernilai RM177. Selepas tempoh promosi, harga telefon ini akan meningkat menjadi RM925 untuk versi 8/128GB dan RM1,047 untuk versi 8/256GB.

    iQOO Z9 5G ditawarkan pada harga promosi RM1,049 untuk versi 8/256GB di Malaysia dengan hadiah menarik termasuk fon telinga wayarles iQOO TWS 1e, jaminan tambahan satu tahun dan jaminan skrin pecah 365 hari bernilai RM357. Selepas tempoh promosi, harga telefon ini akan meningkat menjadi RM1,332.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    vivo Y18 rasmi dengan skrin paling terang dalam segmen permulaan, penarafan IP54 bermula ~RM511

    vivo baru sahaja memperkenalkan model telefon pintar Y18 baharu di India. vivo Y18 merupakan telefon pintar dalam segmen permulaan yang memuatkan beberapa...

    Siri Xiaomi Pad 7 akan dilancarkan Oktober ini, boleh ‘plug and play’ dengan EV...

    Xiaomi mungkin bersiap sedia untuk pelancaran beberapa peranti perdana pada Oktober ini termasuk siri tablet perdana baharunya, siri Xiaomi Pad 7. Barisan...

    Nokia 3210 yang ikonik pada 90-an kini diberi nafas baharu dengan 4G

    HMD Global yang merupakan syarikat di sebalik peranti Nokia sedang melakar nostalgia. Menjelang pelancaran semula Nokia 6310, HMD Global kini juga sedang...

    Xiaomi 15 akan jadi peranti pertama dengan Snapdragon 8 Gen 4, bakal dilancar Oktober...

    Minggu lepas, satu laporan mendakwa bahawa Xiaomi mempunyai hak pelancaran pertama eksklusif untuk cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 4 yang akan datang....

    Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) rasmi di Malaysia: Skrin 10.4″, sokong S Pen...

    Samsung Malaysia mengumumkan bahawa tablet Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) telah tiba di pasaran Malaysia secara rasmi dengan memori RAM 4GB...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X