fbpx
More

    Siri iQOO Z9 akan dilancar di Malaysia pada 9 Mei 2024

    iQOO Malaysia bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan iQOO Z9 Series pada hari Selasa, 9 Mei 2024. Ia merupakan telefon kelas pertengahan yang dikhaskan untuk kegunaan gaming namun masih dijual pada harga yang berpatutan.

    Ia terdiri daripada dua varian utama iaitu iQOO Z9 5G dan iQOO Z9x 5G. Antara spesifikasi yang sudah disahkan untuk siri iQOO Z9 adalah skrin Ultra-Smooth AMOLED 6.78 inci dengan kadar segar semula 144Hz, cipset Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3 dan bateri besar berkapasiti 6,000mAh.

    Spesifikasi lain yang dikhabarkan untuk iQOO Z9 5G termasuklah kamera 50MP+2MP, pengecasan pantas 80W dan rating kalis air IP64. Sementara itu, iQOO Z9x 5G pula adalah varian yang lebih rendah, dengan spesifikasi seperti skrin 120Hz, cipset Qualcomm Snapdragon 6 Gen 1 dan pengecasan pantas 44W.

    Maklumat tentang iQOO Z9 5G
    Maklumat tentang iQOO Z9x 5G

    iQOO juga akan mengumumkan kerjasama dengan beberapa jenama Malaysia untuk memajukan teknologi gaming dalam telefon pintar.

    Buat masa ini, iQOO Z9 sudah mula dijual dengan harga bermula RM657 dalam beberapa platform e-dagang, termasuklah tawaran awal yang akan berlangsung daripada 25 April hingga 8 Mei 2024. Layari laman web iQOO atau laman Facebook untuk maklumat lanjut mengenai maklumat terkini berkenaan siri iQOO Z9.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X