More

    Siri iQOO Z9 5G mula dijual di Malaysia: SD 7 Gen 3 & bateri 6,000mAh bermula RM657

    Seperti khabar angin sebelum ini, iQOO Malaysia telah melancarkan dua model telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan iaitu iQOO Z9 5G dan iQOO Z9x 5G dengan spesifikasi menarik pada harga berpatutan.

    iQOO Z9x 5G yang mempunyai skrin IPS LCD FHD 6.72 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan dikuasakan oleh cipset Snapdragon 6 Gen 1. Ia dilengkapi dengan RAM 8GB, storan 256GB dan bateri 6,000mAh dengan sokongan pengecasan 44W.

    Kamera belakangnya mempunyai resolusi 50MP dan sensor kedalaman 2MP, manakala kamera hadapan adalah 8MP. iQOO Z9x 5G juga dilengkapi dengan pelbagai ciri seperti pengimbas cap jari sisi, speaker mono, sokongan NFC dan ia mempunyai penarafan IP64 untuk kalis air.

    Selain iQOO Z9x 5G, iQOO Z9 5G juga dilancarkan dengan spesifikasi yang lebih tinggi di mana skrinnya membawa panel AMOLED FHD 6.78 inci dengan kadar segar semula 144Hz dan dikuasakan oleh cipset Snapdragon 7 Gen 3. Seperti Z9x, ia dilengkapi dengan RAM 8GB, storan256GB dan bateri 6,000mAh dengan pengecasan 80W.

    Kamera belakangnya juga memiliki resolusi 50MP dan sensor kedalaman 2MP, tetapi kamera swafotonya menampilkan sensor 16MP. Z9 5G dilengkapi dengan ciri seperti pengimbas cap jari di bawah skrin, speaker stereo, pemancar IR dan sokongan NFC. Sistem operasinya adalah OriginOS 4 berasaskan Android 14.

    Untuk jualan awal, iQOO Z9x 5G ditawarkan pada harga promosi yang menarik di Malaysia di mana versi 8/128GB dijual pada harga RM657 manakala versi 8/256GB dijual pada harga RM722. Pembeli juga akan menerima hadiah percuma fon telinga berwayar iQOO XE160 serta jaminan tambahan satu tahun dan jaminan skrin pecah 365 hari bernilai RM177. Selepas tempoh promosi, harga telefon ini akan meningkat menjadi RM925 untuk versi 8/128GB dan RM1,047 untuk versi 8/256GB.

    iQOO Z9 5G ditawarkan pada harga promosi RM1,049 untuk versi 8/256GB di Malaysia dengan hadiah menarik termasuk fon telinga wayarles iQOO TWS 1e, jaminan tambahan satu tahun dan jaminan skrin pecah 365 hari bernilai RM357. Selepas tempoh promosi, harga telefon ini akan meningkat menjadi RM1,332.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured