fbpx
More

    vivo Y200i dilancar: SD 4 Gen 2, bateri 6,000mAh, cas pantas 44W, skrin 120Hz bermula ~RM1,060

    vivo telah memperkenalkan telefon pintar kelas permulaan terbaru di China iaitu vivo Y200i. Ia merupakan varian terbaru yang menggunakan penjenamaan tersebut, selepas vivo Y200 dan vivo Y200e.

    Telefon ini dilengkapi skrin LCD berukuran 6.72 inci dengan resolusi Full HD+, kecerahan puncak 1,000 nits dan kadar segar semula 120Hz. Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Qualcomm Snapdragon 4 Gen 2, RAM sehingga 12GB dan storan dalaman UFS2.2 sehingga 512GB.

    Baterinya pula berkapasiti besar 6,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 44W. Ia menggunakan sistem operasi Android 14 dengan antara muka OriginOS 4. Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP, sensor kedalaman 2MP dan kamera swafoto 8MP.

    Daripada segi rekaan luaran, ia ditawarkan dalam pilihan warna biru, hitam atau putih dan mempunyai rating kalis air IP64. Ia turut mempunyai bicu audio 3.5mm, port USB-C, pengimbas cap jari di bahagian sisi dan pembesar suara stereo.

    vivo Y200i akan mula dijual di China pada 27 April dengan harga bermula CNY1,599 (~RM1,060) untuk varian 8GB+256GB. Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya untuk pasaran Malaysia.

    Sebelum ini, siri vivo Y yang terbaru untuk pasaran Malaysia ialah vivo Y03 (RM399) dan vivo Y100 5G (RM1,199).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: vivo China

     

    Artikel Terkini

    Nokia 3210 yang ikonik pada 90-an kini diberi nafas baharu dengan 4G

    HMD Global yang merupakan syarikat di sebalik peranti Nokia sedang melakar nostalgia. Menjelang pelancaran semula Nokia 6310, HMD Global kini juga sedang...

    Xiaomi 15 akan jadi peranti pertama dengan Snapdragon 8 Gen 4, bakal dilancar Oktober...

    Minggu lepas, satu laporan mendakwa bahawa Xiaomi mempunyai hak pelancaran pertama eksklusif untuk cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 4 yang akan datang....

    Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) rasmi di Malaysia: Skrin 10.4″, sokong S Pen...

    Samsung Malaysia mengumumkan bahawa tablet Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) telah tiba di pasaran Malaysia secara rasmi dengan memori RAM 4GB...

    DNB, Ericsson bekerjasama untuk memajukan perusahaan di Malaysia melalui teknologi 5G

    Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson, sebuah syarikat teknologi komunikasi global yang terkemuka telah mengumumkan secara rasmi rancangan untuk memacu transformasi digital...

    Kempen Jualan Super 5.5 realme: Baucar sehingga RM1,800 di Shopee, Lazada dan TikTok Shop

    Bermula 3 Mei 2024, realme Malaysia bekerjasama dengan Shopee, Lazada dan TikTok Shop mengadakan Kempen Jualan Super 5.5. Dalam tempoh tiga hari,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X