More

    1.4 juta pengguna MySejahtera gagal mendaftarkan maklumat lengkap untuk vaksinasi

    Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengatakan terdapat 1.4 juta pengguna MySejahtera yang tidak melengkapkan butiran sepenuhnya untuk mendapatkan vaksin COVID-19. Beliau berkata jutaan pengguna ini tidak menjawab soalan berkaitan penilaian kesihatan dan mengisi butiran alamat rumah.

    Beliau mengingatkan rakyat agar proses pendaftaran perlu diisi dengan lengkap bagi memberi temu janji kepada para pendaftar. Pihak MySejahtera akan mengenal pasti pengguna yang tidak melengkapkan butiran sepenuhnya dengan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) bermula hari ini.

    Alamat rumah adalah penting kerana ia akan membantu pihak kerajaan untuk mengenal pasti pusat pemberian vaksin yang paling hampir dengan pendaftar. Khairy juga mengatakan kerajaan tidak mengambil alamat dalam kad pengenalan kerana alamat itu tidak semestinya sama dengan alamat kediaman pendaftar.

    Kami berharap agar para pembaca mengemas kini maklumat terbaru dalam MySejahtera. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Sinar Harian

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured