More

    1 Utama laksana sistem parkir bersepadu dengan pembayaran digital 1PAY

    1 Utama kini memperkenalkan sistem Cardless Parking yang menggunakan teknologi License Plate Recognition (LPR) khas untuk ahli ONECARD bermula 12 Ogos 2025. Dengan sistem ini, ahli boleh menikmati pengalaman parkir tanpa sentuh di mana caj parkir akan ditolak secara automatik melalui e-Wallet 1PAY dalam aplikasi 1 Utama SuperApp.

    Langkah ini menjadikan 1 Utama sebagai pusat beli-belah pertama di Malaysia yang menggabungkan teknologi LPR dengan e-Wallet dalaman untuk bayaran parkir automatik. Ahli ONECARD boleh mendaftarkan sehingga dua kenderaan untuk setiap akaun melalui ikon ‘Park’ dalam aplikasi 1 Utama SuperApp bagi menikmati kadar parkir khas ahli.

    Setelah LPR diaktifkan, baki Car Park Credits dan baki 1PAY akan digabungkan dan kad fizikal ONECARD tidak lagi boleh digunakan untuk parkir. Proses pendaftaran adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan. Pengguna yang telah mengaktifkan Cardless Parking hanya perlu memandu masuk dan keluar tanpa menyentuh kad manakala caj parkir akan ditolak terus daripada baki 1PAY.

    Tiada baki minimum diperlukan untuk masuk, namun pengguna perlu memastikan baki mencukupi sebelum keluar dari parkir. Aplikasi 1 Utama SuperApp kini tersedia untuk muat turun bagi pengguna Android dan App Store. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured