More

    “Niat Puasa Sebulan” antara carian Google paling popular di Malaysia pada Mac 2023

    Google Malaysia telah mengumumkan senarai perkataan yang paling banyak dicari oleh rakyat Malaysia sepanjang bulan Mac 2022. Terdapat topik carian popular seperti kuiz Niat Puasa Sebulan/Niat Solat Tarawih, Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sukan dan drama. Carian untuk Niat Puasa Sebulan / Niat Solat Tarawih adalah paling popular kerana ia jatuh pada bulan Mac.

    Selain itu, carian sukan yang popular ialah perlawanan UEFA Euro 2024 antara France vs Netherlands dan Real Betis vs Manchester United untuk kategori bola sepak. Carian sukan lain yang popular ialah perlawanan kriket Bangladesh vs Ireland berikutan tiga perlawanan T20 head-to-head menewaskan Ireland dengan 124 larian dan menang dengan skor 2-1.

    Perlawanan badminton juga antara carian paling popular seperti All England Open di mana Li Shi Feng dari China menewaskan Shi Yu Qi dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki Terbuka Seluruh England dan Swiss Open 2023. Menariknya, carian Seng Thor Coffee Shop yang merupakan kedai kopi di Pulau Pinang yang tular selepas satu kiriman di akaun media sosial mengenai tindakannya memarahi pelanggan yang tidak memesan minuman.

    Untuk hiburan, Saat Hilang Cintamu merupakan telemovie popular dalam carian Google yang menarik perhatian peminat TV tempatan kerana penceritaan berdasarkan kisah benar. Selain itu, drama Hong Kong 隐形 战队 (The Invisibles) juga berjaya mendapat perhatian dalam masyarakat Malaysia.

    Yang terakhir, carian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Kemas Kini juga termasuk dalam senarai carian popular kerana bantuan tunai itu bertujuan membantu komuniti B40 berikutan pengumuman Kementerian Kewangan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...