More

    10 wakil Malaysia akan dihantar untuk Sukan SEA PUBG MOBILE ke-32 pada 11 hingga 15 Mei ini

    Southeast Asian Games PUBG MOBILE edisi ke-32 akan bermula dari 11 hingga 15 Mei 2023. Kejohanan ini akan dianjurkan di Olympia Mall yang terletak di Phnom Penh, Kemboja dengan 10 negara yang mengambil bahagian.

    Malaysia sekali lagi akan menghantar dua pasukan terbaiknya iaitu pasukan pertama (MAS 1) yang terdiri daripada Damrude, Uhigh, Mica, Snipes, Stuxnet dan jurulatih mereka, Pasha serta pasukan kedua (MAS 2) terdiri daripada Jumper, Echo, FlaxOP,Oliyo, YeN dan jurulatih mereka, Mosgoku. 

    Kejohanan tahun ini akan menyaksikan 19 pasukan merentasi 10 negara di rantau ini mengambil bahagian untuk memenangi kejuaraan mewakili negara masing-masing:

    • Negara Brunei Darussalam
    • Kemboja
    • Indonesia
    • Laos
    • Malaysia
    • Myanmar
    • Filipina
    • Thailand
    • Timor Leste
    • Vietnam

    Sebelum ini, hanya terdapat tiga pingat yang dianugerahkan kepada finalis iaitu Emas, Perak dan Gangsa dalam temasya SEA. Kali ini, terdapat empat pingat yang akan dianugerahkan kepada pemenang iaitu Emas, Perak dan dua pingat Gangsa. 

    Kelayakan kejohanan berpasukan akan bermula pada 11 Mei dengan setiap pasukan akan berdepan dalam enam perlawanan. Hanya 16 pasukan teratas akan mara ke Pusingan Akhir yang dijadualkan dari 12 hingga 14 Mei di mana pasukan akan mengambil bahagian dalam sejumlah 18 perlawanan.

    Kejohanan individu akan diadakan pada 15 Mei, menampilkan 60 pemain dari pelbagai negara yang akan bertarung untuk menjadi pemain terakhir. Kejohanan individu akan terdiri daripada lapan perlawanan yang dimainkan sepanjang hari.

    Bagi kejohanan berpasukan, tempat pertama disandang oleh pasukan yang mengumpul 10 mata. Untuk kejohanan individu, pemain yang mengumpul 20 mata akan mendapat gelaran tempat pertama.

    Kejohanan itu akan disiarkan secara langsung di YouTube, Facebook dan TikTok rasmi PUBG MOBILE Esports Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured