More

    100 Super Nintendo klasik percuma untuk golongan di bawah umur 16 tahun

    Kita telah menyaksikan perintah kuarantin atau kawalan pergerakan yang dilakukan oleh seluruh dunia berikutan penularan COVID-19. Kawalan ini melibatkan semua golongan termasuklah kanak-kanak. Japan Retro Game Association (JARGA) mengumumkan bahawa mereka membekalkan 100 Super Nintendo untuk diberikan kepada keluarga yang mempunyai anak yang berumur 16 tahun ke bawah.

    Selain pemberian Super Nintendo klasik ini, JARGA turut memberikan dua pilihan game percuma iaitu Donkey Kong dan Final Fantasy VI (FFVI). Usaha ini adalah bertujuan untuk membantu mengelakkan anak-anak daripada menghabiskan masa terlalu lama di hadapan komputer yang boleh menyebabkan masalah kerabunan.

    Sanitasi dilakukan sebelum membuat penghantaran

    Melalui gambar, kami merasakan seperti kembali ke zaman Super Nintendo dahulu! Apa pun, Super Nintendo percuma ini ditawarkan untuk rakyat di negara Jepun. Kami tidak pasti jika rakyat Malaysia boleh mencuba untuk mendapatkannya melalui laman web rasmi JARGA.

    Pernahkah anda memiliki mana-mana konsol Nintendo klasik? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: JARGA melalui KOCPC

     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured