More

    OnePlus umum penyelesaian isu garisan hijau pada paparan AMOLED

    OnePlus hari ini melancarkan program baharu untuk menangani masalah garisan hijau yang sering berlaku pada model paparan AMOLED mereka. Dikenali sebagai OnePlus Green Line Worry-Free Solution, program ini melibatkan tiga langkah utama iaitu memperbaiki struktur paparan, meningkatkan kawalan kualiti dan menawarkan jaminan lanjutan seumur hidup untuk masalah ini.

    Langkah pertama, OnePlus memperkenalkan Enhanced Edge Bonding Layer dengan menggunakan bahan PVX. Lapisan ini bertindak sebagai penghalang, melambatkan penembusan kelembapan dan oksigen sekaligus memanjangkan jangka hayat paparan. Kedua, OnePlus menjalankan lebih 180 ujian kawalan kualiti yang mensimulasikan keadaan ekstrem dunia nyata.

    Ini termasuk ujian ‘Double 85’ yang melibatkan suhu 85°C dan kelembapan 85% untuk tempoh panjang. Ketiga, OnePlus menawarkan jaminan seumur hidup terhadap isu garisan hijau untuk semua model telefon pintar mereka termasuk peranti lama yang telah tamat tempoh waranti. Isu ini bukan sahaja melibatkan OnePlus tetapi juga jenama lain seperti Samsung, Google dan vivo.

    Jika peranti anda menghadapi masalah ini, hubungi pengilang untuk mendapatkan penyelesaian tanpa mengira status waranti. Dengan langkah ini, OnePlus berharap dapat meningkatkan kepercayaan pengguna terhadap jenama mereka.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: OnePlus

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured