More

    POCO C71 dilancar dengan skrin 6.88″ 120Hz, 4 tahun kemas kini keselamatan bermula ~RM337

    POCO kini memperkenalkan POCO C71 iaitu telefon pintar bajet dengan spesifikasi luar biasa pada harga mesra poket. POCO C71 dilengkapi paparan LCD 6.88 inci HD+ dengan kadar segar semula 120Hz yang menyokong sentuhan walaupun skrin basah dan mempunyai perlindungan mata TÜV Rheinland.

    Ia juga tampil dengan reka bentuk bersegi moden, kamera berbingkai emas dan badan setebal 8.26mm dengan berat 193 gram. Ia mempunyai penarafan IP52 untuk ketahanan terhadap percikan air dan habuk. POCO C71 menampilkan kamera utama 32MP dan kamera hadapan 8MP.

    Peranti ini menjalankan Android 15 dengan jaminan 2 kemas kini OS utama dan 4 tahun kemas kini keselamatan. Ia sesuatu yang jarang ditawarkan dalam julat harga ini. POCO C71 menggunakan cip Unisoc T7250 dengan pilihan RAM LPDDR4x 4GB atau 6GB serta sokongan tambahan RAM maya 6GB. Storan dalaman sehingga 128GB melalui eMMC 5.1.

    Bateri berkapasiti 5,200mAh menyokong pengecasan pantas 15W. Ciri lain termasuk pengimbas cap jari di sisi, port USB-C, radio FM, Wi-Fi dwi-jalur dan bicu audio 3.5mm. Dua varian ditawarkan iaitu 4/64GB berharga Rs 6,499 (~RM337) dan varian 6/128GB berharga Rs 7,499 (~RM389).

    Terdapat tiga pilihan warna seperti Emas, Biru dan Hitam. Nantikan pengumuman rasmi daripada POCO jika ia bakal tiba untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan POCO C71 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...