More

    13 peranti baru Xiaomi telah dikesan di dalam kod perisian MIUI!

    Mengikut sumber terkini, terdapat 13 peranti baru Xiaomi telah dikesan di dalam kod perisian MIUI. Nama sebenar kesemua peranti ini tidak ditunjukkan, namun ia hadir dengan nama kod dan beberapa spesifikasi pentingnya.

    Berdasarkan gambar yang ditunjukkan, 7 daripada 13 peranti tersebut hanya mempunyai nama kod sahaja tanpa sebarang spesifikasi (evergo, evergreen, zeus, cupid, psyche, pisarro dan pisarropro). Manakala 6 peranti yang lain hadir dengan spesifikasi kamera dan skrinnya.

    ‘Cygnus’ dilihat menggunakan kamera utama 108MP, kamera ultra lebar, kamera telefoto 5x dan skrin yang menyokong kadar segar semula 90Hz. ‘hyacinth’ pula hadir dengan spesifikasi kamera yang sama dengan ‘cygnus’ bersama skrin 120Hz.

    ‘bestla’ hadir dengan kamera utama 64MP dan ‘divine’ hadir dengan tambahan kamera ultra lebar, kamera telefoto 5x dan skrin 90Hz. ‘lepus’ pula mempunyai spesifikasi yang sama seperti ‘divine’ cuma sedikit berbeza pada kamera utamanya. Akhir sekali, ‘mercury’ hadir dengan kamera utama 12MP, kamera ultra lebar, kamera telefoto 5x dan skrin 120Hz.

    Yang menarik, ‘cygnus’, ‘divine’ dan ‘lepus’ mungkin akan menggunakan kamera swafoto dalam skrin.

    Adakah anda tidak sabar untuk menantikan kehadiran 13 peranti Xiaomi ini? Komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured