More

    13th Gen Intel Core dilancar, CPU komputer riba dengan 24 teras dan kelajuan “clock” 5.6GHz

    Dalam temasya Consumer Electronics Show (CES) 2023 yang berlangsung di Amerika Syarikat sekarang, Intel telah memperkenalkan cipset komputer riba 13th Gen Intel Core Mobile Processors bagi menjana prestasi yang lebih pantas dalam komputer riba. Siri cipset generasi ke-13 ini mempunyai 32 varian untuk dilengkapkan dalam pelbagai kategori komputer riba.

    Varian tercanggih dalam siri 13th Gen Intel Core adalah Intel Core i9-13980HX iaitu pemproses 24 teras pertama yang dibangunkan untuk sebuah komputer riba, menjadikannya pemproses mudah alih yang terpantas dalam pasaran. 24 teras ini terdiri daripada 8 P-cores (teras prestasi) dan 16 E-cores (teras kecekapan), serta 32 thread dan Intel Thread Director.

    Cipset ini boleh menjana kelajuan clock sehingga 5.6GHz iaitu yang paling tinggi dalam pasaran, dengan prestasi single-thread lebih tinggi sebanyak 11% dan prestasi multi-tugas sebanyak 49% lebih tinggi berbanding generasi sebelumnya.

    Ia menyokong RAM DDR5 dan DDR4 sehingga 128GB, Intel Killer Wi-Fi 6E (Gig+) untuk kelajuan internet sebanyak enam kali lebih pantas berbanding Wi-Fi standard, sistem audio wayarles Intel Bluetooth LE Audio dan Bluetooth 5.2, hubungan Thunderbolt 4, grafik bersepadu (integrated graphics) yang diperbaharui dan overclocking.

    Untuk komputer-komputer harian pula, Intel turut menawarkan varian 13th Gen Intel Core P-Series dan U-Series yang boleh menjana prestasi pantas untuk kebanyakan komputer. Cipset ini boleh dilengkapi sehingga 14 teras, iaitu enam teras P-cores dan lapan teras E-cores.

    Cipset ini turut mempunyai grafik bersepadu Intel Iris  X Graphics dengan fungsi XeSS Super Sampling dan Intel Arc Control, sokongan RAM DDR5, Intel Wi-Fi 6E (Gig+), Intel Connectivity Performance Suite, Intel Wi-Fi Proximity Sensing and Intel Bluetooth LE Audio dan port Thunderbolt 4.

    Untuk komputer kelas bawahan, Intel mengumumkan Intel Core i3 N-series yang dikhaskan untuk segmen pendidikan dan menjana prestasi pantas untuk komputer kelas permulaan. Cipset ini mempunyai teras E-cores baharu dengan prestasi lebih pantas sebanyak 28% dalam prestasi aplikasi dan 64% dalam prestasi grafik berbanding generasi sebelumnya.

    Ia juga boleh memainkan video HD selama 10 jam tanpa pengecasan, menyokong hubungan Intel Wi-Fi 6E (Gig+) dan Bluetooth 5.2 serta menyokong memori RAM LPDDR5 dan storan UFS/SSD/eMMC.

    "
    "

    Jenama komputer yang akan menawarkan Intel Core generasi ke-13 ini termasuklah Acer, ASUS, Dell, HP, Lenovo, MSI, Razer, Republic of Gamers, Samsung dan banyak lagi. Intel juga akan terus memberi pengiktirafan Intel Evo kepada komputer riba yang boleh menjana prestasi optimum untuk kegunaan harian.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki komputer riba dengan cipset baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Intel

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...