More

    29 Porsche keliling bulatan Putrajaya sempena pelancaran vivo V29 5G pada 20 September ini

    vivo Malaysia telah bekerjasama dengan Aktiv Tuninghaus dalam menganjurkan acara pelancaran bagi vivo V29 5G di Bulatan Putrajaya yang terkenal kerana ia merupakan bulatan terbesar di dunia. Inisiatif ikonik ini bertujuan untuk menceriakan bulatan yang besar dan sejajar dengan pelancaran telefon pintar vivo V29 5G yang akan dilancarkan pada 20 September ini.

    Sempena sambutan Hari Malaysia, vivo Malaysia telah mencipta video khas menghormati mercu tanda negara. Pada jam 9:29 malam, sekumpulan 29 kereta Porsche mengelilingi Bulatan Putrajaya dengan elegan selama 29 pusingan mencerminkan reka bentuk dan ciri vivo V29 5G terutamanya mempamerkan Aura Light terbesar dalam siri V – Aura Light 2.0.

    Teknologi Aura Light 2.0 dalam vivo V29 5G meningkatkan potret malam dengan menyesuaikan suhu warna secara automatik untuk mencapai rupa semula jadi dan seimbang dalam pelbagai situasi pencahayaan. Selain itu, reka bentuk telefon ini menampilkan warna ungu berbintang menyerupai corak Bima Sakti.

    Nantikan lebih banyak kemas kini di halaman Facebook rasmi vivo dan laman rasmi vivo Malaysia untuk kemas kini terkini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured