fbpx
More

    3 ciri yang menonjolkan vivo V25 antara telefon “mid-range” paling unik pada tahun ini

    Siri telefon pintar vivo V sering dikenali sebagai sebuah telefon pintar kelas pertengahan yang lebih bergaya berbanding telefon jenama lain. Selain itu, ia juga mempunyai kamera yang boleh menghasilkan gambar cantik dan prestasi yang pantas untuk kegunaan harian.

    Telefon terbaharu dalam siri ini iaitu vivo V25 yang baru dilancar pada bulan lepas meneruskan legasi tersebut, dan jika anda masih belum mengenali telefon ini, berikut adalah tiga ciri yang menonjolkannya berbanding dengan telefon lain dalam pasaran:

    Kamera belakang dan hadapan yang diperbaharui

    Telefon vivo V21 dan vivo V23 sebelum ini hanya mengutamakan kualiti pada kamera hadapan untuk gambar swafoto cantik dalam semua situasi. Sungguh pun begitu untuk vivo V25 pada tahun ini, vivo turut memperbaharui kamera utama di belakangnya untuk gambar yang lebih cantik pada semua kamera.

    vivo V25 mempunyai kamera utama 64MP dengan penstabilan imej optikal (OIS) bagi memastikan gambar anda kekal stabil walaupun telefon sekadar dipegang dengan tangan. Teknologi OIS ini akan membatalkan sebarang getaran kecil yang dihasilkan daripada pergelangan tangan, supaya anda boleh dapatkan gambar yang jelas dengan lebih mudah.

    Sewaktu merakam video 4K pula, OIS boleh digabungkan dengan penstabilan imej elektronik (EIS) bagi menstabilkan lagi rakaman anda walaupun sewaktu berjalan kaki. Gabungan dua teknologi penstabilan ini bukan sahaja akan bantu anda hasilkan video yang cantik, malah memudahkan anda untuk merekod vlog di mana-mana sahaja.

    Kamera vivo V25 turut mempunyai fungsi Bokeh Flare Portrait yang boleh menghasilkan gambar potret dengan efek pencahayaan kabur yang sangat kemas pada latar belakang, membuatkannya nampak seperti gambar yang diambil dengan kamera sebenar.

    Bokeh Flare Portrait boleh menghasilkan efek bebola cahaya menarik di latar belakang, seperti Cherry Blossoms (kiri), Hearts (tengah) dan Butterfly

    Selain daripada kamera utama, vivo V25 turut mempunyai kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP.

    Ini tidak bermakna kamera hadapan diabaikan oleh vivo, kerana vivo V25 masih mempunyai kamera hadapan 50MP dengan autofokus Eye AF Selfie. Sistem autofokus ini akan menjejak mata anda dengan tepat supaya anda akan kekal fokus pada setiap masa, sama ada sewaktu mengambil gambar atau merekod vlog.

    Kamera hadapan 50MP boleh menghasilkan swafoto yang cantik

    Rekaan yang boleh berubah warna

    Siri vivo V25 ditawarkan dalam tiga warna iaitu emas Sunrise Gold, biru Aquamarine Blue atau hitam Diamond Black. Sungguh pun begitu, setiap warna ini tidak statik dan boleh berubah dalam situasi tertentu.

    Jika anda menyuluh cahaya ultra-ungu (UV) pada permukaan belakang telefon ini, warna emas atau biru pada telefon ini boleh berubah dengan tona yang berbeza. Ini membuatkan vivo V25 nampak lebih unik berbanding telefon lain yang sekadar mempunyai satu warna rata sahaja.

    Bahagian belakangnya mempunyai permukaan frosted yang membuatkannya nampak mewah dan lebih penting, tidak akan meninggalkan kesan cap jari. Selain itu, bahagian sisinya rata dan mempunyai sudahan berkilauan yang mirip seperti telefon pintar flagship.

    Prestasi mantap untuk kegunaan harian

    Tidak dilupakan, vivo V25 turut menawarkan spesifikasi yang pantas untuk kebanyakan tugas anda. vivo V25 dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 900 5G dengan nod proses 6nm untuk menjana prestasi pantas untuk segala jenis aplikasi, daripada pemesejan hinggalah bermain game.

    vivo V25 mempunyai RAM 8GB yang sudah memadai untuk kebanyakan pengguna, namun jika anda inginkan RAM yang lebih tinggi kerana anda kerap membuka banyak aplikasi serentak, anda boleh besarkan lagi RAM tersebut sebanyak 8GB lagi secara maya. Ini bermaksud anda boleh dapatkan RAM sehingga 16GB yang pasti boleh menangani banyak aplikasi serentak dengan mudah.

    Sementara itu, skrin vivo V25 mempunyai panel OLED berukuran 6.44 inci dengan kadar segar semula 90Hz. Dengan kadar setinggi ini, sebarang animasi atau leretan pada skrin akan nampak lebih lancar dan akan meningkatkan pengalaman penggunaan anda.

    Baterinya pula berkapasiti 4,500mAh yang agak standard untuk telefon pada hari ini, namun apa yang istimewa adalah pengecasan 44W FlashCharge yang boleh mengecas penuh bateri ini dalam masa sejam sahaja.

    Jika anda berminat untuk memiliki vivo V25, ia dijual pada harga RM1,799 dan boleh dibeli di laman web vivo Malaysia, Shopee atau Lazada. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh vivo Malaysia]

     

    Artikel Terkini

    Red Magic 9 Pro+ Bumblebee Transformers Edition dilancar berharga ~RM4,252

    Nubia telah melancarkan telefon pintar Red Magic 9 Pro+ Bumblebee Transformers Edition di China selepas mendedahkan imej promosi pada beberapa hari yang...

    Dyson Airstrait kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM2,599

    Dyson memperkenalkan Dyson Airstrait, alat penggayaan rambut revolusioner yang menawarkan pelurus basah ke kering menggunakan udara, menghapuskan keperluan untuk plat panas dan...

    Siri HUAWEI P70 mungkin dilancar pada 2 April 2024

    HUAWEI bersedia untuk memperkenalkan siri HUAWEI P70 pada 2 April 2024, seperti yang ditunjukkan oleh tangkapan skrin yang tersebar di Weibo. Kebocoran...

    Siri vivo V30 5G dedahkan rahsia kesempurnaan potret dengan kelebihan Zeiss

    Dengan bangga, vivo Malaysia mempersembahkan siri vivo V30 5G yang begitu dinantikan di negara kita. Penuhi keperluan teknologi anda dengan peranti yang...

    iPhone 12 dapat sokongan cas tanpa wayar Qi2 15W pada iOS 17.4

    Keluaran kemas kini Apple baru-baru ini, iOS 17.4 mendapat perhatian terutamanya kerana pematuhannya dengan Akta Pasaran Digital Eropah (EU) baharu. Ia juga...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X