fbpx
More

    3 perkara yang anda wajib ada untuk main “game” dengan syok dalam telefon kelas pertengahan

    Jika waktu ini anda berminat untuk bermain pelbagai game telefon pintar yang sangat popular seperti Genshin Impact, Call of Duty Mobile atau Asphalt 9, anda sudah boleh memainkannya dengan telefon pintar kelas pertengahan bawah RM2,000. 

    Sungguh pun begitu, terdapat beberapa perkara penting yang anda harus ketahui sebelum anda membeli telefon kelas pertengahan untuk memulakan pengembaraan gaming anda. Dalam artikel ini, kami akan membantu anda untuk memilih telefon yang paling sesuai untuk gaming tanpa perlu berbelanja besar:

    Skrin besar dan cantik untuk kesan musuh dengan pantas

    Dalam setiap game terutamanya dalam genre tembak-menembak, anda akan mendapat manfaat yang tinggi jika anda memainkannya dalam skrin yang besar, terutamanya yang berukuran 6.5 inci dan ke atas. Ini adalah kerana anda boleh nampak musuh dengan lebih jelas dan menewaskan mereka terlebih dahulu. 

    Satu telefon yang sempurna dalam aspek ini adalah Samsung Galaxy A52s 5G yang dilengkapi skrin Super AMOLED Infinity-O berukuran 6.5 inci dengan resolusi Full HD+ (1080×2400). Paparannya hampir memenuhi keseluruhan bahagian hadapan telefon dan ini membuatkan anda boleh lihat lebih banyak butiran dalam game serta mengesan musuh dengan lebih mudah.

    Skrin yang cantik seperti dalam Galaxy A52s 5G boleh memberi kelebihan kepada anda

    Teknologi Super AMOLED pada skrin Galaxy A52s 5G juga bermaksud anda boleh menikmati persekitaran game dengan warna yang lebih cantik dan pekat, hasil daripada gamut warna yang lebih luas sebanyak 1.17x serta nisbah kontras yang lebih tinggi sebanyak 100x berbanding skrin LCD biasa. Ia juga menawarkan sudut tontonan (viewing angle) yang lebih luas sebanyak 1.17x berbanding LCD, membuatkan anda selesa untuk bermain game daripada pelbagai sudut.

    Memandangkan anda akan meluangkan banyak masa bermain game, satu lagi perkara yang anda perlu tumpukan perhatian adalah skrin yang tidak menyakitkan mata anda. Skrin Galaxy A52s 5G memancarkan cahaya biru (blue light) yang lebih rendah daripada skrin LCD, iaitu sebanyak 43% lebih rendah. Jadi ini bermaksud anda boleh bermain game dengan lebih lama dalam Galaxy A52s 5G dan mata anda akan kekal selesa.

    Kadar 120Hz juga bermaksud anda boleh memainkan game-game anda dengan lebih lancar. Walaupun kebanyakan game masih lagi ditetapkan pada 60Hz sahaja, industri game akan memperkenalkan kadar bingkai (frame rate) yang lebih pantas dalam masa terdekat dan skrin Galaxy A52s 5G boleh menyokong penambahbaikan tersebut.

    Prestasi pantas untuk gaming lancar setiap masa

    Aplikasi Game Booster akan meningkatkan pengalaman gaming

    Cipset yang canggih adalah amat mustahak untuk prestasi gaming lancar sepanjang masa anda bermain selama berjam-jam. Sebagai contoh, cipset Qualcomm Snapdragon 778G dalam Samsung Galaxy A52s 5G adalah sebuah cipset yang cemerlang untuk memainkan sebarang game terkini tanpa sebarang gangguan atau stutter. Malah, kemungkinan besar ia masih mampu menyokong game-game baru yang akan dilancar dalam masa terdekat, jadi anda boleh yakin bahawa Galaxy A52s 5G tidak akan ketinggalan dalam pengalaman gaming.

    Telefon ini juga dilengkapi RAM 8GB yang lebih daripada cukup untuk memainkan semua game popular, manakala sewaktu anda tidak bermain pula, ia boleh membuka beberapa aplikasi serentak tanpa memperlahankan prestasi. 

    Galaxy A52s 5G menjanjikan prestasi tinggi

    Daripada segi storan, memori 256GB dalam Galaxy A52s 5G adalah sangat besar untuk menyimpan banyak game, aplikasi, gambar, video dan lain-lain fail. Jika itu pun masih tidak cukup untuk anda, Galaxy A52s 5G menyokong penambahan storan dengan kad microSD sehingga 1TB.

    Bateri besar agar anda boleh bermain di mana-mana sahaja

    Akan tetapi, apa guna prestasi pantas jika ia tidak mempunyai tenaga elektrik yang cukup daripada bateri? Dengan Samsung Galaxy A52s 5G, anda tidak perlu risau tentang hal ini kerana ia dilengkapi bateri besar 4,500mAh yang pasti boleh bertahan selama sehari dengan selesa. 

    Bateri besar dalam Galaxy A52s 5G boleh tahan lama

    Jadi, anda boleh bermain game dengan yakin di mana-mana sahaja anda berada, sama ada sedang berdiri dalam LRT, menunggu di dalam bank atau sewaktu rehat tengah hari. Walaupun selepas sesi gaming berjam-jam, ia masih mempunyai pengecasan cukup untuk melaksanakan lain-lain tugas asas seperti pemesejan atau media sosial.  

    Malah dengan sokongan untuk pengecasan pantas 25W, anda boleh mengecas bateri Galaxy A52s 5G dalam masa yang singkat untuk penggunaan yang jauh lebih lama.

    Samsung Galaxy A52s 5G dijual pada harga RM1,899 sahaja dan anda boleh layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut tentang telefon hebat ini. Ia juga boleh dibeli secara ansuran pada harga RM79.13 sebulan atau secara pertukaran (trade-in) untuk lima peranti yang layak. Pelanggan yang membelinya sebelum 31 Oktober 2021 akan menerima sarung Clear Standing Cover (bernilai RM109) secara percuma.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memilikinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung Galaxy A35 5G dan A55 5G, mana satu lebih bagus?

    Jadi Samsung dah lancarkan dua telefon terbaru dalam siri telefon mid-range iaitu Samsung Galaxy A35 5G dan Samsung Galaxy A55 5G! Dua-dua...

    Nothing mengacah produk audio yang akan datang tidak lama lagi

    Nothing yang merupakan jenama dengan reka bentuk yang menarik kini telah menyiarkan pengacah rasmi mengenai pelancaran produk audio yang akan datang. Seperti...

    Selepas PDRM, Imigresen mungkin turut akan menggunakan kamera badan

    Sebelum ini, kami laporkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memakai kamera badan secara beransur-ansur mulai Oktober ini. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)...

    Fungsi Gemini dalam Google Messages kini tersedia untuk pengguna di Malaysia

    Google Gemini merupakan bot sembang AI oleh Google dengan model berbilang bahasa. Namun, untuk mengakses Gemini Ultra, anda perlu melanggan pelan Google...

    Imej janaan Google Pixel 9 tertiris tanpa kanta periskop, model XL turut bakal dilancar

    Sebelum ini, terdapat imej janaan yang tertiris menunjukkan pandangan pertama Google Pixel 9 dan 9 Pro. Kini, sumber mendedahkan bahawa model standard...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured