More

    3,670 laman web lucah telah disekat di Malaysia setakat Februari ini – Fahmi Fadzil

    Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mendedahkan bahawa sebanyak 3,670 laman web lucah telah disekat di Malaysia dari tahun 2022 hingga 15 Februari 2025. Selain itu, 1,993 kandungan lucah di media sosial turut diturunkan oleh penyedia platform atas permintaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

    Menurut laporan Bernama, Fahmi berkata tindakan ini dibuat berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). Beliau menegaskan bahawa pemantauan proaktif oleh MCMC serta kerjasama dengan penyedia perkhidmatan sentiasa dipertingkatkan bagi memastikan iklan lucah di media sosial dapat dikenal pasti, disekat dan diturunkan dengan segera.

    Fahmi juga menekankan bahawa MCMC komited untuk memastikan penggunaan media dalam talian mematuhi peruntukan undang-undang serta etika keselamatan. Selain pemantauan berkala, MCMC mempunyai pasukan khas yang menerima aduan orang ramai serta menjalankan tindakan penguatkuasaan berdasarkan maklumat yang diperoleh.

    Selain itu, apabila Akta Keselamatan Dalam Talian dikuatkuasakan, Fahmi berkata bahawa penyedia platform media sosial juga akan mempunyai tanggungjawab khusus (Duty of Care) untuk mencegah penyebaran iklan dan bahan yang dilarang.

    Beliau turut menyatakan bahawa langkah ini menjadi salah satu sebab kerajaan perlu melesenkan penyedia platform media sosial serta mendapatkan kerjasama mereka dalam menangani kandungan berbahaya di internet. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...