More

    4 aplikasi antivirus popular Android yang godam akaun perbankan dalam talian anda

    Syarikat keselamatan rangkaian Britain NCCGroup baru-baru ini mendapati bahawa empat aplikasi antivirus di Google Play seperti Powerful Cleaner, Antivirus dan Alpha Antivirus/Cleaner yang telah dimuat turun sebanyak 50,000 kali mengandungi virus jenis Trojan yang mana ia akan menggunakan data peribadi pengguna untuk log masuk bank dalam talian dan curi duit dalam akaun bank.

    Laporan itu menunjukkan bahawa virus Trojan “SharkBot” disembunyikan dalam pelbagai perisian anti-virus mudah alih dan ia akan memintas mekanisme semakan keselamatan Google Play. Selepas memuat turun aplikasi dengan virus Trojan, mesej teks telefon mudah alih akan disekat untuk merahsiakan sebarang aktiviti berkenaan pemindahan wang.

    Kemudian, secara rahsia ia mengaktifkan aplikasi perbankan dalam talian untuk melakukan pemindahan dan kiriman wang automatik. Empat aplikasi yang mengandungi virus Trojan “SharkBot” termasuk Powerful Cleaner/Antivirus, Alpha Antivirus/Cleaner, Atom Clean-Booster dan Antivirus Super Cleaner yang telah dimuat turun lebih daripada 50,000 kali.

    Pada masa ini, Google Play telah mengalih keluar Atom Clean-Booster dan Antivirus Super Cleaner daripada gedung aplikasinya. Penyelidik mengesyorkan agar pengguna memadam dan menyahpasang keempat-empat aplikasi ini secepat mungkin dan mengingatkan bahawa jika anda ingin memasang aplikasi antivirus, sebaiknya pilih jenama yang terkenal.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Yahoo!

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured