More

    4 kali Android jadi Pak Turut kepada ciri iPhone yang mengarut

    Sejak beberapa tahun lalu, kita boleh lihat trend yang sama dalam industri telefon pintar: Setiap kali Apple melakukan benda yang baru terhadap iPhone, jenama-jenama telefon Android akan meniru benda tersebut. Setelah meneliti semula perkara yang sama dalam telefon-telefon lepas, berikut adalah empat fungsi iPhone yang telah diikut oleh telefon Android walaupun ia bukanlah sesuatu yang perlu.

    Sebelum anda membaca lebih lanjut, perlu diketahui artikel ini hanyalah sekadar menyenaraikan fakta dan bukan bertujuan untuk mengejek mana-mana pihak. Jika anda menyukai mana-mana jenama telefon pintar, kami hormati sudut pandangan anda kerana setiap jenama ada buruk dan baiknya yang tersendiri. Tanpa membuang masa, ayuh baca senarai di bawah:

    Membuang pengecas atas tujuan mesra alam

    Isu yang paling baru dan hangat diperkatakan oleh semua orang tentunya adalah keputusan Apple untuk membuang pengecas daripada kotak iPhone 12. Apple mengatakan tujuan mereka adalah untuk mengamalkan proses pengilangan dan pembungkusan yang lebih mesra alam kerana kotak iPhone 12 yang lebih kecil memerlukan lebih sedikit bahan mentah, manakala para pengguna boleh menggunakan pengecas sedia ada daripada iPhone mereka yang lama.

    Susulan daripada keputusan itu, beberapa jenama telefon Android utama termasuk Samsung dan Xiaomi menyindir Apple dengan mengatakan telefon mereka masih mempunyai pengecas. Sungguh pun begitu, kedua-dua syarikat seolah-olah menjilat ludah mereka sendiri apabila telefon pintar andalan Mi 11 dan Galaxy S21 tidak mempunyai pengecas dalam kotaknya, atas alasan sama dengan Apple iaitu untuk mesra alam.

    Takuk kamera swafoto pada skrin

    iPhone pertama yang mempunyai takuk (notch) pada skrin adalah iPhone X yang dilancar pada 2017. Takuk tersebut diperkenalkan untuk memaksimakan nisbah skrin-ke-badan pada skrin iPhone X, di mana Touch ID telah digantikan dengan Face ID yang terletak dalam takuk, di samping pelbagai sensor yang diperlukan untuk pengimbasan muka.

    Jenama-jenama Android terus menyindir Apple di atas kehadiran takuk tersebut. Namun, kita boleh lihat sekarang di mana puluhan telefon Android mempunyai rekaan takuk mereka sendiri, dengan pelbagai bentuk rekaan seperti titisan air atau pun lubang kecil pada skrin. Kadang-kala, takuk ini mengganggu butang kawalan dalam game.

    Setakat ini, hanya beberapa jenama yang tidak melakukannya. Ini termasuklah siri Sony Xperia, ASUS ROG, Black Shark dan Lenovo Legion Phone Duel. Saya merasakan jenama-jenama ini melakukan cara yang betul untuk meningkatkan nisbah skrin-ke-badan.

    Selamat tinggal, bicu audio 🙁

    iPhone 7 terkenal sebagai telefon pintar pertama yang tidak mempunyai bicu audio 3.5mm. Mereka mengaku ia adalah keputusan yang memerlukan keberanian dan mungkin ada benarnya, kerana ia menunjukkan bahawa Apple berani melakukan sesuatu walaupun jika mereka akan dikecam. Dengan pembuangan bicu audio, ia membenarkan iPhone untuk menjadi kalis air sepenuhnya.

    "
    "

    Pada 2021, kita sudah pun lihat kebanyakan telefon Android kelas andalan tidak lagi mempunyai bicu audio, manakala telefon kelas pertengahan dan bajet serta gaming masih mengekalkannya. Walau bagaimanapun, kita boleh lihat tanda-tanda seperti bicu audio itu sudah sampai waktunya dalam peranti Android. Bercakap tentang bicu audio…

    Fon telinga wayarles semakin mengorak langkah

    Pengenalan fon telinga wayarles Apple AirPods pada 2016 di samping iPhone 7 telah memulakan trend fon telinga wayarles di kalangan pelbagai jenama elektronik. Mungkin pada mulanya kita agak hairan mengapa pelbagai syarikat ingin menghasilkan produk wayarles mereka sendiri, namun dengan sedikit pembacaan, kita boleh fahami sebabnya.

    Adakah anda boleh kenal pasti jenama setiap pasang fon telinga wayarles ini?

    Tidak lama selepas AirPods mula dijual, ia terus melonjak dalam carta jualan fon telinga wayarles malah meningkatkan bilangan orang yang memakai peranti tersebut. Apple dilaporkan mengaut keuntungan sehingga US$8 bilion daripada jualan AirPods sahaja pada 2016 hingga 2020. Jadi sudah tentulah syarikat lain ingin menjual fon telinga wayarles juga.

    Secara asasnya, ini bukanlah isu yang rumit. Masalah timbul apabila fon telinga wayarles yang lain mempunyai reka bentuk yang amat serupa dengan AirPods. Dalam satu kes, jabatan kastam Amerika Syarikat menyangkakan bahawa OnePlus Buds adalah AirPods cetak rompak kerana rekaannya yang sama. Sesetengah jenama pula cuba menjual fon telinga wayarles dengan ciri tindak balas rendah (low latency) namun ia hanyalah gimik. Buat pelanggan yang hidup di negara dengan nilai mata wang rendah, fon telinga wayarles selalunya adalah masalah besar kerana sepasang produk itu adalah sangat mahal.

    Inilah empat trend iPhone yang telah ditiru oleh jenama-jenama Android sepanjang beberapa tahun lalu. Jika ini dijadikan kayu ukur, kami pasti telefon Android akan kekal menjadi Pak Turut kepada sebarang perkara baru yang Apple lakukan. Ada khabar angin mengatakan Apple sedang mengusahakan iPhone yang tidak mempunyai port fizikal, jadi mungkin Android akan melakukannya juga.

    Kongsi pendapat anda tentang artikel ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave English

     

    Artikel Terkini

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Siri Apple iPhone 18 Pro rasmi dengan aperture boleh laras, cip A20 Pro 2nm...

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max bagi pasaran Malaysia. Kedua-dua model mengekalkan saiz skrin OLED Super...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula...

    Oppo A7 Pro dilancar dengan bateri 8,000mAh, paparan OLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu OPPO A7 Pro secara rasmi di China yang dipasarkan untuk segmen kelas pertengahan dengan fokus utama...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...