More

    4 model komputer riba ‘gaming’ Lenovo Legion baru diumum: Ryzen 5000-H, skrin QHD 16 inci

    Melalui persidangan dan pamera teknologi CES 2021, Lenovo Legion telah mengumumkan beberapa model komputer riba berfokuskan gaming yang terbaru. Model baharu ini dilengkapi pemproses AMD Ryzen 5000 Siri-H dan pemproses grafik siri NVIDIA GeForce RTX 3000.

    Antara komputer riba yang diperkenal adalah Lenovo Legion 7, Lenovo Legion Slim 7, Lenovo Legion 5 dan Lenovo Legion 5 Pro. Anda boleh menyemak spesifikasi asasnya seperti di bawah atau menyemak maklumat rasminya di pautan Lenovo.

    Lenovo Legion 7

    Lenovo Legion 7 dilengkapi pemprose AMD Ryzen 9 5900H dan pemproses grafik sehingga NVIDIA Ge Force RTX 3080. Ia hadir dengan skrin IPS QHD 16 inci 165Hz dengan resolusi 2560 x 1600. Terdapat juga sokongan NVIDIA G-SYNC, 100% sRGB, sistem penyejukan Coldfront 3.0, Nahimic Audio dan kamera web 720P yang diintegrasikan dengan E-shutter.

    Selain itu, komputer riba ini dilengkapi papan kekunci bersaiz penuh Legion TrueStrike Keyboard dengan pad nombor yang diiluminasi oleh hingga 16 juta tona warna.

    Lenovo Legion Slim 7

    Lenovo Legion Slim 7 ialah komputer riba gaming 15 inci nipis yang kini hadir dengan naik taraf pemproses AMD Ryzen 8 5900H dan pemproses grafik NVIDIA GeForce RTX 3060 (bersama Max-Q Design). Ia hadir dengan skrin 15.6 inci 1080p; sama ada 144Hz 1080p 100% Adobe RGB atau 60hz 4K 100% sRGB bersama sokongan Dolby Vision.

    Terdapat juga sensor cap jari yang diintegrasikan bersama butang kuasa pada komputer riba gaming seringan 1.9kg ini.

    Lenovo Legion 5 Pro

    Lenovo Legion 5 Pro dilengkapi AMD Ryzen 9 5800H dan pemproses grafik NVIDIA GeForce RTX 3070. Ia dilengkapi skrin 16 inci 165Hz QHD dengan resolusi sama seperti Lenovo Legion 7.

    Skrinnya turut disokong 100& sRGB dan sokongan Dolby Vision. Selain ciri Legion TrueStrike Keyboard pada papan kekuncinya, ia juga menyokong tambahan lampu RGB 4 zon dan pad sesentuh yang lebih luas.

    "
    "

    Lenovo Legion 5

    Lenovo Legion 5 hadir dengan pilihan saiz skrin sama ada 15 inci atau 17 inci. Ia dikuasakan oleh AMD Ryzen 9 5800H dan pemproses grafik NVIDIA GeForce RTX 3070. Komputer riba ini dilengkapi skrin bersaiz 15 inci 1080p (100% sRGB 165Hz) atau skrin bersaiz 17 inci 1080p (100% sRGB 144Hz).

    Seperti komputer riba Legion baharu yang lain, ia dilengkapi sokongan sistem penyejukan Coldfront 3.0, ciri Nahimic Audio, Legion Truestrike Keyboard dan sokongan port Type-C.

    Pembelian komputer riba Lenovo Legion baharu ini melayakkan anda untuk mendapat akses sebulan percuma Microsoft Xbox Game Pass. Apa pun, kesemua model baharu ini bakal diumumkan kembali tarikh penjualannya yang dijangka pada suku pertama tahun 2021.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...