More

    4 pasukan Malaysia bakal bertarung di Asia Pacific Predator League 2022 bermula 11 November ini

    Asia Pacific Predator League 2022 kembali dalam format luar talian di ESI Hub, Spacerubix. Juara yang merangkul trofi pada peringkat akhir ialah Pasukan RSG untuk Dota 2 dan Pasukan SGD untuk PUBG: BATTLEGROUNDS. Mereka membawa pulang wang tunai RM11,000 dan kerusi gaming Predator sebagai Juara.

    Mereka kini telah menempah tempat untuk bertarung di Jepun bersama 15 negara dan wilayah Asia Pacific Predator League 2022. Kedua-dua pasukan yang menang ini akan berpeluang membawa pulang sebahagian daripada hadiah terkumpul bernilai $400,000 dan APAC Predator League Shield yang diidamkan.

    Pasukan RSG, terdiri daripada Wong “mks” Sim An, Ng “xsilearn” Anwei, Lee “X1aOyu” Qian Yu, Trần “xiaobonbon” Hoàng Minh Quý dan Roger Tan “Roddgee” Boon Thye muncul pemenang apabila menewaskan Atlantis kali kedua dengan keputusan akhir 3-2.

    Sementara itu, Anderson “Shen” Chong, Alex Tan “Sophiya” Boon Keung, Wong “Jervis” Jervis, Tan “IAMPETE” Chun Chou, dan Lee “DreamsYr” Jing Horng daripada Pasukan SGD telah memenangi Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) mereka dalam PUBG: BATTLEGROUNDS.

    Menyertai mereka di Grand Final di Jepun ialah pasukan yang mendapat tempat kedua iaitu Team Setup yang terdiri daripada Muhammad Shafiq Ridzuan “Apikk” bin Mohd Azmi, Mohd Fikri bin “Km0N” bin Abd Jalil, Muhammad Asraf “Zosvatek” bin Mohd Malek dan Muhammad Iqmal Hafiz “MalDKendrix” bin Abdullah.

    Team Setup turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM7,500 dan fon kepala gaming Predator Galea 350. Pasukan yang bakal mewakili Malaysia di Jepun ialah Pasukan SMG yang terdiri daripada Yeik ‘MidOne’ Nai Zheng, Kam ‘MooN’ Boon Seng, Daryl ‘iceiceice’ Koh Pei Xiang, Tue ‘ah fu’ Soon Chuan dan Wilson ‘poloson’ Koh Chin Wei.

    Penyertaan Pasukan SMG dalam Pertandingan Akhir Asia Pacific Predator League 2022 di Jepun adalah atas jemputan Predator Gaming Malaysia. Pusingan Akhir Asia Pacific Predator League 2022 akan diadakan pada 11 – 13 November 2022 di Jepun. Untuk butiran lanjut dan maklumat terkini tentang liga, sila layari laman rasmi Predator Malaysia.

    Kongsi pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...