More

    5 cara bagaimana anda boleh tingkatkan produktiviti dengan Samsung Galaxy Tab S9

    Pada bulan lalu, Samsung memperkenalkan siri tablet Samsung Galaxy Tab S9 yang bukan sahaja berfungsi sebagai sebuah komputer kecil, malah ia merupakan titik permulaan untuk membawa kehidupan digital anda ke tahap yang baharu. Dalam era yang serba pantas ini, ketersambungan di antara pelbagai peranti adalah sesuatu yang sangat penting, jadi siri Samsung Galaxy Tab S9 dilengkapi pelbagai ciri khas untuk memudahkan anda bekerja, berhibur dan belajar serta memulakan era komputer baharu.

    Jadi, ayuh kita lihat lima cara bagaimana siri Samsung Galaxy Tab S9 boleh bantu tingkatkan produktiviti dan aktiviti harian dalam hidup anda:

    1 – Skrin Kedua: Menyediakan medan penglihatan yang lebih besar

    Dengan kehidupan dan kerja yang menjadi semakin pelbagai, kita sering perlu bertukar antara jenis peranti yang berbeza untuk menyelesaikan setiap tugas dengan lebih baik. Siri tablet Samsung Galaxy Tab S9 boleh mengembangkan paparan daripada satu skrin kepada ruang yang lebih besar dengan memperkenalkan ciri “skrin kedua (Second Scren)”.

    Apabila digabungkan dengan mana-mana peranti Samsung Galaxy, anda boleh pindahkan kandungan pada Galaxy Tab melalui langkah yang mudah untuk menikmati visual yang lebih luas. Ia boleh digunakan untuk perbandingan data di tempat kerja atau skrin yang lebih luas untuk menonton filem. Kehadiran skrin kedua ini memang akan menjadi tambahan yang berkuasa dalam kehidupan digital anda.

    Untuk menggunakan fungsi Second Screen daripada telefon Galaxy kepada Galaxy Tab, klik Smart View pada telefon, kemudian pilih Galaxy Tab.

    2 – Perkongsian pantas: Pengalaman pemindahan fail yang lancar dan pantas

    Perkongsian fail secara pantas adalah fungsi penting untuk kehidupan digital moden, dan siri Galaxy Tab S9 turut direka untuk tujuan ini. Dengan ciri Kongsi Pantas, anda boleh pindahkan fail besar dengan mudah antara Galaxy Tab dengan peranti lain tanpa proses yang melengahkan.

    Fail seperti gambar, video atau dokumen, akan mengambil beberapa langkah sahaja untuk memindahkannya di antara peranti. Pemindahan daripada Galaxy Tab kepada telefon pintar Galaxy boleh dilakukan dengan mudah dan pantas. Ini juga akan meningkatkan perlindungan privasi kerana dengan ekosistem Samsung, anda tidak perlu memuat naik ke storan awanan lain, tidak perlu memuat turun aplikasi tambahan dan tidak perlu daftarkan akaun.

    Anda boleh pindahkan fail dengan pantas melalui Quick Share
    Untuk memindahkan fail dengan Quick Share for long distand OR non-Galaxy devices, anda hanya perlu imbas kod QR atau salin pautan URL

    Di tempat kerja, fungsi ini membolehkan kerjasama yang lancar, meningkatkan mobiliti dan memudahkan perkongsian fail dengan rakan-rakan sekerja. Sewaktu berhibur pula, anda boleh berkongsi detik indah dengan serta-merta bersama rakan-rakan.

    "
    "

    Cara untuk guna:

    – Daripada Galaxy Tab ke Telefon: Dayakan Kongsi Pantas (Quick Share), pilih fail untuk dikongsi, klik Kongsi (Share) dan pilih Kongsi Pantas, kemudian pilih peranti penerima.

    3 – Pemindahan Panggilan Video: Pindahkan panggilan video daripada telefon kepada tablet

    Pernahkan anda membuat panggilan video dengan telefon, kemudian anda harap boleh memindahkan panggilan tersebut kepada skrin yang lebih besar? Dengan siri Galaxy Tab S9, anda boleh berbuat demikian dengan fungsi Pemindahan Panggilan Video dan membenarkan anda untuk menikmati panggilan video dengan lebih seronok.

    Dengan menyambungkan akaun Google yang sama, anda boleh memindahkan panggilan video dengan lancar di antara telefon Galaxy dengan tablet Galaxy Tab. Anda bukan sahaja boleh menikmati video yang lebih besar, malah anda juga boleh menjimatkan bateri telefon sewaktu membuat panggilan. 

    Sewaktu membuat panggilan video dalam Galaxy Tab, anda boleh gunakan stilus S Pen pintar untuk mencatat kandungan penting pada bila-bila masa untuk pengambilan nota yang mudah. Fungsi ini boleh digunakan bersama telefon pintar Samsung Galaxy atau pun telefon Android jenama lain.

    Cara untuk guna:

    – Gunakan akaun Google yang sama pada telefon Galaxy dan tablet Galaxy Tab, buka aplikasi Google Meet, buat kumpulan dan jemput orang lain untuk menyertai panggilan video

    – Klik “Transfer” jika anda ingin pindahkan panggilan video daripada telefon Galaxy kepada Galaxy Tab

    4 – Kawalan berbilang: Kawal telefon pintar anda dengan papan kekunci tablet dan pad penjejak

    Fleksibiliti kehidupan digital bermaksud kita sentiasa menggunakan jenis peranti yang berbeza untuk situasi berlainan. Siri Samsung Galaxy Tab S9 memperkenalkan pelbagai fungsi kawalan, membolehkan anda mengawal telefon pintar menggunakan papan kekunci dan pad penjejak (touchpad) yang dihubungkan kepada tablet. Ia bukan sahaja memudahkan pemindahan fail, malah membenarkan interaksi baharu di antara dua jenis peranti yang berbeza.

    Papan kekunci dan pad penjejak tablet boleh digunakan untuk mengawal telefon pintar anda yang berkongsi akaun Samsung, Wi-Fi, Bluetooth dan “Berbilang Kawalan (Multi Control)”. Sama ada dengan menyeret dan meletakkan fail (drag-and-drop), menaip mesej dengan papan kekunci atau mengendalikan beberapa peranti serentak, ciri ini boleh meningkatkan kecekapan kerja dan membenarkan anda untuk menyelesaikan beberapa tugas berbeza pada masa yang sama.

    Cara untuk guna:

    – Pastikan peranti anda berkongsi akaun Samsung yang sama, disambungkan ke rangkaian Wi-Fi yang sama, serta menghidupkan Kawalan Berbilang dan hubungan Bluetooth

    – Pergi ke “Settings”, hidupkan “Multi Control” pada telefon dan Galaxy Tab S9, kemudian pilih telefon anda pada skrin Galaxy Tab S9 untuk hubungkan kedua-dua peranti

    5 – Kesinambungan aplikasi: Teruskan tugas dengan lancar merentasi peranti berlainan

    Siri Samsung Galaxy Tab S9 menggunakan fungsi Kesinambungan Aplikasi (App Continuity) untuk membolehkan anda terus menggunakan aplikasi Samsung Notes dan Samsung Internet pada peranti berbeza. Ini akan memudahkan anda jika anda perlu menyiapkan sebuah tugas dalam satu aplikasi, namun anda perlu bertukar peranti sewaktu menyiapkannya.

    Fungsi ini amat berguna jika anda perlu bergerak dengan pantas, contohnya anda boleh menulis dokumen dengan lebih mudah pada Galaxy Tab S9 kerana saiz skrin yang lebih besar, kemudian dokumen tersebut sudah tersedia dalam telefon Galaxy jika anda perlu membacanya sewaktu berada di luar.

    Dengan App Continuity, teks yang ditaip dalam aplikasi Samsung Notes boleh disambung terus dalam peranti Galaxy lain

    Fungsi ini memerlukan kedua-dua peranti untuk berkongsi akaun Samsung yang sama, disambungkan kepada hubungan Wi-Fi yang sama, serta menghidupkan Bluetooth dan Kesinambungan Aplikasi. Selepas ia diaktifkan, anda boleh teruskan pelbagai tugas, seperti menyunting nota dalam aplikasi Samsung Note dan melayari laman web dalam Samsung Internet, dalam tablet dan telefon serentak.

    Cara untuk guna:

    – Pastikan dua peranti yang digunakan mempunyai akaun Samsung yang sama, disambungkan ke rangkaian Wi-Fi yang sama, serta menghidupkan Bluetooth dan “Teruskan aplikasi pada peranti lain (Continue apps on other devices)”

    Bagi meraikan pelancaran siri Samsung Galaxy Tab S9, Samsung Malaysia akan menyediakan tawaran eksklusif di mana para pelanggan yang membeli mana-mana varian Galaxy Tab S9 akan menerima hadiah bernilai RM1,598.90, termasuklah papan kekunci kulit buku, stilus S Pen serta langganan keahlian Viu selama 12 bulan.

    Anda juga boleh menikmati diskaun sehingga 30% untuk aksesori Samsung, Samsung Care+, Galaxy Watch dan siri Galaxy Buds, serta rebat tukar beli (trade-in) sehingga RM100. Layari laman web Samsung untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh Samsung]

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...