fbpx
More

    5 cara bagaimana HUAWEI P50 Pro boleh mencantikkan gambar anda ke tahap yang lebih tinggi!

    Sejak beberapa tahun lalu, HUAWEI telah pun menubuhkan reputasinya sebagai sebuah jenama telefon pintar yang sinonim dengan teknologi kamera tercanggih dalam setiap perantinya. Kini, mereka meneruskan legasi tersebut dalam telefon pintar andalan terbaru, HUAWEI P50 Pro.

    Dalam artikel ini, anda boleh lihat bagaimana teknologi fotografi baharu dalam HUAWEI P50 Pro boleh membantu anda untuk mengambil gambar yang cantik untuk dijadikan kenangan atau dimuat naik ke media sosial.

    Telefon pertama dengan Dual-Matrix Camera System

    Dengan slogan Legend Reborn, telefon itu mempunyai teknologi True-Chroma Dual-Matrix Camera Design yang akan memudahkan pengguna untuk mengambil gambar cantik dengan sangat mudah. Teknologi ini mempunyai fungsi fotografi berkomputer (computational photography) yang diperbaharui untuk menghasilkan warna yang serupa dengan objek sebenar serta jurang luas untuk dynamic range dan resolusi.

    Sistem Dual-Matrix Camera System pada HUAWEI P50 Pro terdiri daripada dua lensa iaitu True-Chroma Camera (Colour) dan True-Chroma Camera (Monochrome). Kedua-dua kamera ini disepadukan dengan Super High-res Image Processing Engine untuk mengambil lebih banyak cahaya dan menghasilkan kualiti gambar yang lebih jelas.

    XD Fusion Pro hasilkan warna sama dengan objek sebenar

    HUAWEI juga telah memperbaharui teknologi XD Fusion Engine yang mula-mula diperkenalkan dalam HUAWEI P40 sebelum ini. Kini HUAWEI P50 Pro dilengkapi teknologi XD Fusion Pro yang mempunyai sistem True-Chroma Image Engine dan Super HDR untuk penghasilan warna yang lebih tepat dengan objek sebenar serta menangkap lebih banyak cahaya sebanyak 103 peratus berbanding HUAWEI P40 Pro untuk butiran yang lebih jelas. 

    Ia boleh mengenal pasti 50 peratus daripada keseluruhan spektrum warna dengan kecelaruan kromatik (chromatic irregularaity) yang lebih rendah sebanyak 20 peratus untuk penghasilan warna yang tepat. Perisian kamera juga akan melaraskan warna berdasarkan lebih 2,000 warna dalam ruang P3 untuk menghasilkan imej yang sama dengan objek sebenar.

    Sebagai contoh, walaupun semua gincu selalunya mempunyai warna merah, setiap gincu mempunyai tona merah unik yang sukar untuk ditangkap oleh kamera dalam telefon lain. Dengan kamera HUAWEI P50 Pro, setiap perbezaan tona warna merah yang kecil sekalipun masih boleh ditangkap dengan jelas.

    XD Optics untuk meningkatkan prestasi lensa

    HUAWEI P50 Pro turut dilengkapi HUAWEI XD Optics, di mana fungsi pemprosesan imej akan ditambah ke dalam sistem penggambaran optikal (optical imaging) untuk membetulkan sebarang kesilapan optikal dan mengembalikan butiran dalam gambar. Ini adalah teknologi unik untuk telefon HUAWEI dan membolehkan telefon ini untuk meningkatkan signal imej sebanyak 25 peratus.

    Rakaman video 4K dengan pelbagai mod

    Untuk rakaman video pula, HUAWEI P50 Pro dilengkapi teknologi XD Fusion HDR Video untuk mengambil video dalam resolusi 4K dan telefoto dengan cantik.  Ia menawarkan beberapa mod seperti 4K time-lapse, gerak perlahan (slow motion), mod hitam putih (monochrome) dan gaya tersendiri (stylised)

    Fungsi Dual View dalam telefon kini membenarkan pengguna untuk merakam video menggunakan kamera swafoto dan kamera ultra-lebar di belakang secara serentak, jadi anda mempunyai lebih banyak pilihan untuk. Untuk penstabilan pula, kamera ini mempunyai penstabilan AIS untuk membantu anda merakam video dengan lebih stabil walaupun jika anda sekadar memegangnya dengan tangan.

    Kamera swafoto dan paparan True-Chroma untuk penghasilan gambar terbaik

    Gambar oleh Sheryl Ng (@sherylnsy)

    Dalam telefon pintar lain, kamera swafoto biasanya tidak secanggih kamera utama di belakang. Walau bagaimanapun, kamera swafoto dalam HUAWEI P50 Pro masih dilengkapi teknologi canggih dengan True-Chroma Front Camera yang boleh fokus pada objek sedekat 14cm dan gambarnya boleh disunting menggunakan beauty chart.

    Gambar oleh Nuar Yusli  (@nuar_yusli)

    Selain kamera yang berkualiti tinggi, gambar yang diambil dalam kamera telefon ini akan dipaparkan pada skrin yang menyokong teknologi True-Chroma dan boleh menjana 1.07 bilion warna dengan gamut warna P3 yang telah dilaras (calibrated) secara profesional.

    Gambar oleh Preston Les (@prestonles.ig)

    Jika anda berminat untuk memiliki teknologi fotografi canggih yang terdapat dalam HUAWEI P50 Pro, anda boleh buat pra-tempahan di laman rasmi HUAWEI Malaysia, HUAWEI Flagship Store di Lazada, HUAWEI Official Store di Shopee atau lawati kedai fizikal HUAWEI Experience Store.

    Ia akan dijual pada harga RM4,199 dan setiap pra-tempahan akan disertakan dengan hadiah percuma bernilai RM2,100 termasuk HUAWEI Watch GT 2 Pro, tawaran hebat dalam AppGallery dan banyak lagi!

    Selain HUAWEI P50 Pro, HUAWEI Malaysia juga akan memperkenalkan sebuah lagi varian unik dalam siri HUAWEI P50 iaitu telefon lipat HUAWEI P50 Pocket. Telefon ini mempunyai reka bentuk unik dengan skrin utama yang boleh dilipat serta skrin luaran yang boleh menunjukkan notifikasi ringkas dan waktu.

    Selain skrin unik itu, HUAWEI P50 Pocket masih dilengkapi teknologi kamera canggih yang terdapat dalam HUAWEI P50 Pro seperti True-Chroma Image Engine, HUAWEI XD Optics, Ultra Spectrum Camera Matrix dan banyak lagi.

    HUAWEI P50 Pocket akan dijual di Malaysia pada harga RM5,999 untuk varian standard dan RM7,299 untuk Premium Edition. Pra-tempahan boleh dibuat di laman rasmi HUAWEI Malaysia, HUAWEI Flagship Store di Lazada, HUAWEI Official Store di Shopee atau lawati kedai fizikal HUAWEI Experience Store mulai 22 Januari 2022.

    Pengguna HUAWEI P50 Pro dan HUAWEI P50 Pocket boleh memuat turun aplikasi-aplikasi kegemaran mereka melalui AppGallery iaitu platform aplikasi khas daripada HUAWEI dan ia telah pun disiap pasang dalam kedua-dua telefon.

    Kini, lebih 90% daripada aplikasi paling popular di Malaysia boleh dimuat turun daripada AppGallery dan menyediakan akses mudah kepada pelbagai perkhidmatan popular seperti airasia, Boost e-wallet, EASI, Grab, Syok, Tealive, TGV Cinemas, ZUS Coffee dan banyak lagi.

    Beberapa aplikasi yang banyak digunakan oleh rakyat Malaysia seperti as MAE by Maybank2u, CIMB Clicks Malaysia, GO by Bank Islam, allianceonline Mobile, MyYES dan SOCAR juga baru sahaja menyertai AppGallery untuk membantu pengguna HUAWEI yang semakin ramai.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki HUAWEI P50 Pro atau HUAWEI P50 Pocket dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    MediaTek Dimensity 6300 diumum, cipset 5G untuk telefon pintar segmen pertengahan

    MediaTek menawarkan pasaran telefon segmen pertengahan dengan cipset Dimensity 6300 5G terbaharu. Cip ini dihasilkan dengan proses 6nm dan menawarkan peningkatan sederhana...

    vivo V30e dengan SD 6 Gen 1, skrin 120Hz bakal dilancarkan pada 2 Mei...

    Mengikut pengumuman rasmi, vivo akan memperkenalkan vivo V30e di India pada 2 Mei 2024. Peranti ini dijangka menggunakan paparan AMOLED melengkung 6.78...

    Blackview Hero 10 mungkin jadi telefon boleh lipat paling murah di dunia

    nubia Flip 5G yang dilancarkan awal bulan ini dengan harga RM2,499 merupakan telefon boleh lipat paling murah dalam pasaran. Namun, itu tidak...

    Maybank bakal gantikan pemberitahuan SMS kepada pop timbul aplikasi bermula 22 April ini

    Maybank mengumumkan bahawa ia akan melaksanakan dasar pemberitahuan baharu mulai 22 April 2024 dan akan menggunakan pemberitahuan pop timbul aplikasi (APP) untuk...

    Polis: Orang ramai diingatkan berwaspada tentang kecurian data menggunakan kod QR

    Polis memberi amaran kepada orang ramai tentang strategi pancingan data baharu di mana penipu menyampaikan hadiah seperti botol air dengan kod QR...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured