More

    5 kelebihan yang boleh dinikmati oleh setiap pengguna Samsung Galaxy!

    Dengan lambakan telefon pintar pada waktu ini, setiap jenama telefon ingin menawarkan pelbagai perkhidmatan tambahan bagi menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli produk mereka. Ini termasuklah kemudahan seperti jaminan (warranty), hadiah percuma, perlindungan jika peranti rosak dan lain-lain perkhidmatan selepas belian (after-market services).

    Bagi menawarkan nilai terbaik buat pelanggan mereka, Samsung Malaysia telah mengadakan perkhidmatan khas untuk pemilik telefon pintar Galaxy iaitu Samsung Advantage. Berikut adalah lima sebab bagaimana Samsung boleh membuatkan anda lega sepanjang anda memiliki peranti yang dibina oleh mereka:

    Samsung Care+ 

    Samsung Care+ adalah perkhidmatan penyelenggaraan untuk telefon dan tablet Samsung Galaxy. Buat masa ini, ia ditawarkan dalam pelan satu atau dua tahun, dengan harga bermula daripada RM55.

    Pelanggan Samsung boleh melanggan kepada perkhidmatan ini dalam masa 14 hari selepas mereka membeli telefon atau tablet Galaxy. Selain itu, ia juga masih terbuka kepada pemilik telefon Galaxy Yang dibeli sejak dua tahun lalu.

    Senarai produk Galaxy yang boleh dilindung dengan Samsung Care+

    Khas untuk pelanggan yang membuat pra-tempahan untuk telefon pintar lipat Samsung Galaxy Z Fold3 5G atau Samsung Galaxy Z Flip3 5G, anda boleh dapatkan langganan Samsung Care+ secara percuma untuk satu tahun.

    Bantuan 24 jam sehari, 7 hari seminggu

    Usah risau jika telefon Samsung Galaxy anda meragam pada waktu tengah malam atau hari minggu. Samsung Malaysia menyediakan sokongan 24/7 jadi anda boleh hubungi mereka pada setiap masa, tidak kira sama ada waktu cuti atau pada tengah malam. Anda boleh hubungi:

    • Remote Tech Support: 1800 22 8899
    • Customer Support: 1800 22 8899 atau 1800 88 7799 (Galaxy Z Series Premier Careline)

    Selain itu, anda juga boleh dapatkan pemeriksaan Device Health Check di kedai Samsung Service Centre berhampiran.

    Untuk para pengguna telefon dalam siri Samsung Galaxy Z, jika anda ingin peranti tersebut diservis, anda boleh memohon seorang wakil Samsung untuk mengambil peranti Galaxy Z anda dari rumah.

    Pelan penukaran telefon mudah

    Apabila anda sudah merasakan bahawa telefon anda sudah layak untuk diganti dengan telefon Samsung Galaxy baru, anda boleh lakukannya dengan program penukaran (trade-in) bersama Samsung Malaysia dan anda boleh dapatkan rebat tunai sehingga RM4,180 untuk telefon baru itu.

    Jika anda masih tidak yakin dengan telefon yang ingin dibeli, anda boleh cuba menggunakan telefon Galaxy terpilih secara percuma (free trial). Sewaktu anda ingin membelinya pula, anda boleh membayar dengan pelan Easy Payment Plan, di mana Samsung Malaysia akan mengenakan kadar faedah 0% jadi anda tidak perlu risau tentang caj tambahan.

    Pindahkan data secara mudah

    Sewaktu anda membeli telefon Samsung Galaxy yang baru, anda pasti ingin memindahkan semua data yang ada dalam telefon lama ke dalam telefon baru tersebut. Samsung membenarkan anda untuk berbuat demikian dengan mudah melalui fungsi Smart Switch, di mana anda boleh pindahkan dokumen, kalendar, tetapan, rekod panggilan, gambar, video dan banyak lagi. Pemindahan ini boleh dibuat dari mana-mana peranti Android atau iPhone dan secara berwayar atau wayarles.

    Masih tidak pasti bagaimana ingin melakukannya? Usah risau kerana kakitangan Samsung boleh membantu anda berbuat demikian sewaktu anda membeli telefon Galaxy di kedai Samsung. Jika anda membeli telefon Galaxy secara dalam talian, anda boleh pilih opsyen penghantaran premium dan wakil Galaxy Expert akan membantu anda untuk memindahkan data.

    Jika anda lebih gemar melakukannya sendiri, Samsung ada menyediakan tutorial dalam laman web mereka.

    Pelbagai kemudahan dan promosi di laman web Samsung

    Dalam laman web Samsung Malaysia pula, terdapat butang Live Chat yang akan menghubungkan anda kepada wakil Samsung jika anda mempunyai sebarang persoalan daripada segi penghantaran, penjejakan dan sokongan produk.

    Selain itu, anda juga boleh menikmati promosi khas yang hanya akan ditawarkan dalam laman web Samsung Malaysia. Sebagai contoh, sempena musim kemerdekaan pada bulan Ogos dan September 2021, Samsung menganjurkan pelbagai promosi khas untuk peranti-peranti Galaxy dan kelengkapan rumah.

    Untuk Samsung Galaxy Z Flip3 5G pula, anda boleh pilih tiga warna yang hanya akan ditawarkan dalam laman web Samsung iaitu kelabu, putih dan merah jambu. Di samping itu, jika anda gunakan kod TNZF3VIP sewaktu ingin membuat pembayaran, anda akan dapat Samsung SmartTag Twin Pack (bernilai RM209) secara percuma.

    Tiga warna untuk Galaxy Z Flip3 5G hanya boleh didapati di laman web Samsung

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut tentang Samsung Advantage. Adakah anda berminat untuk memiliki peranti Galaxy dengan faedah-faedah menarik ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured