More

    5 syarikat telekomunikasi tempatan tawarkan internet 30GB percuma untuk pembelajaran dari rumah

    Lima syarikat telekomunikasi tempatan iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Telekom Malaysia akan menawarkan perkhidmatan internet percuma bagi membantu para pelajar untuk terus menimba ilmu sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Para pelanggan akan menerima internet percuma 1GB sehari untuk 30 hari dalam satu bulan sehingga 30 April 2021.

    Inisiatif ini adalah selari dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam bantuan PERMAI, di mana para pelajar akan menerima internet percuma bagi bantuan pendidikan. Pelanggan boleh menikmati internet percuma tersebut kecuali untuk penggunaan media sosial, permainan mudah alih serta penstriman media.

    Syarikat telekomunikasi juga menyokong penyediaan WiFi percuma di 130 Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan memanjangkan tempoh operasi 54 Pusat Internet Komuniti (PIK) bagi memudahkan golongan B40 untuk mengamalkan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR).

    Buat calon peperiksaan SPM dan STPM pula, lima syarikat telekomunikasi di atas menawarkan tambahan data 15GB sebulan serendah RM20 sehingga 30 April 2021.

    Internet percuma juga akan diberikan untuk penggunaan aplikasi berkaitan COVID-19 seperti MySejahtera, MyTrace dan laman web kesihatan CPRC, Kementerian Kesihatan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan banyak lagi. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured