More

    5 telefon “flagship” lama di Malaysia yang masih ada kamera padu pada 2024 (Bhg. 1)

    Pasaran telefon pintar Malaysia menawarkan pelbagai jenis peranti yang unik, namun apa yang pasti adalah majoriti pengguna mengambil keutamaan yang tinggi terhadap kebolehan fotografi dalam sesebuah telefon. Sering kali, telefon-telefon lama termasuklah kategori andalan (flagship) menawarkan nilai yang sangat bagus dalam aspek ini, terutamanya dengan spesifikasi canggih yang dijual pada harga rendah atau diskaun.

    Dalam artikel yang dikarang oleh penulis TechNave Bahasa Inggeris ini, kami akan membentangkan lima telefon andalan lama yang masih boleh didapati di Malaysia dan dikenali dengan prestasi kameranya yang cemerlang, termasuklah model-model daripada jenama HUAWEI dan HONOR.

    Perlu diingati bahawa memandangkan terdapat banyak telefon andalan yang dilancar dalam Malaysia setiap tahun, dalam artikel ini kami akan fokus pada peranti yang dilancar pada 2019 dan 2020 sahaja.

    HUAWEI P30 Pro – Berbaloi (kalau anda masih boleh cari telefon ini)

    HUAWEI P30 Pro yang dilancar pada 2019 masih mengekalkan prestasi yang bagus daripada segi kamera. Ia menampilkan empat kamera yang dihasilkan bersama syarikat fotografi legenda Leica, terdiri daripada kamera utama 40MP (f/1.6), kamera ultra-lebar 20MP (f/2.2), kamera telefoto periskop 8MP (f/3.4) dengan zum optikal 5x dan sensor 3D ToF (time-of-flight).

    Kebolehan telefon ini untuk mengambil gambar malap (low-light photos) yang cantik dan zum yang jauh membuatkannya peranti yang menarik untuk penggemar fotografi. Sungguh pun begitu, telefon ini sudah sukar didapati di Malaysia. Jika anda masih ingin mencarinya, ia boleh didapati dalam harga sekitar RM1,599 hingga RM1,899.

    Kamera hadapan: 32MP (f/2.0) untuk gambar swafoto yang jelas

    Ciri utama:

    • Sensor SuperSpectrum untuk prestasi malap yang tinggi
    • Zum digital 50x
    • Penstabilan imej AI (AIS) untuk gambar yang stabil
    • Rakaman video 4K

    HONOR 20 Pro – Alternatif yang murah

    HONOR 20 Pro yang dilancar pada 2019 pula adalah sebuah lagi telefon yang menarik untuk para penggemar kamera. Dengan empat kamera yang terdiri daripada kamera utama 48MP (f/1.4), kamera telefoto 8MP (f/2.4), kamera ultra-lebar 16MP (f/2.2) dan kamera makro 2MP (f/2.4), ia menyediakan fotografi yang serba boleh dan membenarkan pengguna untuk ambil gambar dalam pelbagai situasi, daripada pemandangan luas hinggalah objek yang dekat.

    "
    "

    Kami percaya penggemar fotografi mudah alih akan menghargai telefon ini. Ia masih boleh didapati pada harga sekitar RM1,700 hingga RM2,000. Untuk jurang harga tersebut, ini adalah sebuah produk yang menarik.

    Kamera hadapan: 32MP (f/2.0) untuk gambar swafoto yang jelas

    Ciri utama:

    • Super Night Mode untuk fotografi malam yang jelas
    • Zum optikal 3x dan zum digital 30x
    • Pemprosesan imej berdasarkan AI
    • Rakaman video 4K

    Google Pixel 4 XL – Telefon kelas pertengahan yang lengkap

    Telefon yang dilancar pada 2019 ini dikenali dengan teknologi computational photography yang banyak bergantung kepada pemprosesan imej dalam cipsetnya untuk menghasilkan gambar yang cantik. Walaupun dengan dua kamera sahaja di belakangnya (kamera utama 12.2MP (f/1.7) dan kamera telefoto 16MP (f/2.4)), pemprosesan Google menghasilkan kualiti gambar yang cantik, terutamanya dengan fungsi seperti Night Sight dan Super Res Zoom.

    Dengan harga RM2,300, telefon ini dijual pada harga yang agak mampu milik, namun perlu diingati bahawa telefon Pixel tidak dijual secara rasmi oleh Google di Malaysia jadi anda perlu mencari dengan teliti dalam internet.

    Kamera swafoto: 8MP (f/2.0), disokong dengan sensor ToF tambahan untuk pengecaman kedalaman (depth sensing) yang lebih tepat

    Ciri utama:

    • Night Sight untuk gambar malap yang jelas
    • Mod Astrophotography
    • Kawalan dwi-dedahan (dual exposure) untuk HDR yang lebih bagus
    • Rakaman video 4K

    Samsung Galaxy S20 Ultra – Sangat dipercayai

    Dilancar pada 2020, Samsung Galaxy S20 Ultra menawarkan prestasi yang sangat tinggi untuk segmen kamera. Ia menawarkan empat kamera, terdiri daripada kamera utama 108MP (f/1.8), kamera telefoto periskop 48MP (f/3.5), kamera ultra-lebar 12MP (f/2.2) dan sensor ToF 0.3MP.

    Ciri yang paling menarik pastinya adalah Space Zoom 100x dan rakaman video yang berkualiti tinggi bagi memisahkannya dengan telefon lain dalam pasaran. Perlu diingati bahawa Samsung Malaysia tidak lagi menjual telefon ini dalam pasaran, jadi ia agak susah didapati. Anda masih boleh cuba mencarinya di kedai-kedai telefon terpakai atau pengedar pihak ketiga dan anda boleh jangkakan harga sekitar RM3,400 ke atas.

    Kamera swafoto: 40MP (f/2.2) untuk swafoto dengan butiran yang tinggi

    Ciri utama:

    • Space Zoom 100x
    • Rakaman video 8K
    • Single Take untuk mengambil pelbagai gambar dan video pendek serentak
    • Night Mode dan penstabilan video Super Steady

    iPhone 11 Pro Max – Pilihan klasik

    Model telefon ini pastinya tidak asing lagi buat para pengguna di Malaysia. iPhone 11 Pro Max telah dilancar pada 2019 dan merupakan iPhone pertama yang menggunakan penjenamaan “Pro Max”. Ia dihasilkan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan prestasi fotografi yang lebih canggih berbanding varian iPhone 11 lain.

    Ia dilengkapi tiga kamera iaitu kamera utama 12MP (f/1.8), kamera telefoto 12MP (f/2.0) dan kamera ultra-lebar 12MP (f/2.4), membenarkan pengguna untuk mengambil gambar dalam pelbagai situasi, daripada lanskap luas hinggalah gambar potret dengan efek bokeh yang kemas.

    Memandangkan Apple adalah sebuah jenama yang sangat popular, anda mungkin masih perlu berbelanja agak banyak untuk telefon yang lama ini. Ia dijangka akan dijual pada harga bermula RM,2499 di kedai-kedai telefon dan platform e-dagang.

    Kamera swafoto: 12MP (f/2.2), dengan rakaman 4K dan video gerak perlahan

    Ciri utama:

    • Night Mode untuk prestasi gambar malam yang tinggi
    • Deep Fusion untuk butiran yang jelas
    • Rakaman video 4K 60fps
    • Smart HDR untuk jurang dinamik yang lebih luas

    Dalam Malaysia, telefon andalan lama masih menawarkan prestasi kamera yang tinggi dan kini ia boleh didapati pada harga yang lebih murah berbanding harga pasarannya. HUAWEI P30 Pro dan HONOR 20 Pro menyediakan kebolehan fotografi yang versatil dan berkuasa, manakala Google Pixel 4 XL pula menawarkan computational photography yang mantap.

    Samsung Galaxy S20 Ultra menawarkan pengalaman premium, terutamanya dengan kebolehan zum yang jauh dan rakaman video yang jelas, manakala iPhone 11 Pro Max juga masih menawarkan prestasi berkualiti tinggi dan masih lagi menerima kemas kini iOS.

    Secara peribadi, penulis menggemari Samsung Galaxy S20 Ultra kerana prestasi keseluruhannya yang masih bagus untuk 2024. Bagaimana pula dengan anda? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Diterjemahkan daripada TechNave]

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...