More

    5 telefon pintar dengan kapasiti bateri paling besar di Malaysia

    Semakin besar kapasiti bateri sesuatu telefon pintar, semakin lama ia boleh bertahan dan menjadikannya antara keutamaan utama bagi kebanyakan pengguna. Ketika kebanyakan telefon pintar masa kini hadir dengan bateri berkapasiti antara 4000mAh hingga 5000mAh yang mampu bertahan sehingga sehari, tahun 2025 kini sudah ada peranti dengan bateri sebesar 7000mAh dan ke atas.

    Jika anda sedang mencari telefon pintar dengan bateri besar di Malaysia yang boleh bertahan lebih daripada sehari, anda berada di tempat yang betul. Berikut ialah 5 telefon pintar terkini dengan kapasiti bateri besar, ciri pengecasan pantas serta spesifikasi menarik untuk dipertimbangkan.

    Redmi 15 5G – Pilihan kukuh

    Redmi 15 5G merupakan antara telefon pintar dengan bateri besar yang kini dijual secara rasmi di Malaysia, hadir dengan bateri berkapasiti 7000mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 33W serta pengecasan berbalik 18W. Skrin FHD+ sebesar 6.9 inci dengan kadar segar semula 144Hz memberikan pengalaman yang lancar ketika menatal, bermain permainan atau menonton video.

    Dengan gabungan cip cekap tenaga dan penyesuaian MIUI, telefon ini mampu bertahan lebih daripada sehari walaupun digunakan secara intensif. Ia dikuasakan cip Snapdragon 6s Gen 3 yang memberikan prestasi seimbang untuk multitugas dan permainan ringan. Kamera utama 50MP menghasilkan imej dengan butiran yang baik serta warna yang tepat manakala mod AI membantu dalam potret dan fotografi malam. Dipadankan dengan RAM 8GB dan storan 256GB, Redmi 15 5G menawarkan ruang dan kuasa mencukupi untuk tugasan harian pada harga berpatutan.

    Spesifikasi dan ciri:

    • Paparan: 6.9 inci FHD+, kadar segar semula 144Hz
    • Cipset: Snapdragon 6s Gen 3
    • Kamera: 50MP utama + ultra lebar + kamera hadapan
    • Storan: 8GB / 256GB
    • Bateri: 7000mAh, pengecasan berwayar 33W, pengecasan berbalik 18W
    • Ciri: Kamera AI, penjimatan bateri
    • Harga: Bermula RM729

    POCO M7 – Si ‘beast’ bajet

    Untuk pengguna yang mahukan telefon tahan lama tanpa membazir, POCO M7 antara pilihan menarik. Direka untuk mereka yang mengutamakan hayat bateri berbanding spesifikasi mercu, ia dilengkapi bateri 7000mAh yang mampu bertahan sehingga dua hari dengan penggunaan sederhana. Ia dikuasakan cip Snapdragon 685 yang menawarkan prestasi mencukupi untuk penggunaan umum, media sosial dan permainan ringan.

    Ia juga hadir dengan kamera utama dwi 50MP serta kamera swafoto 8MP. Dengan pilihan RAM hingga 8GB dan storan 256GB, M7 memberikan nilai yang baik dalam kelasnya. Tambahan, sesetengah model menawarkan ketahanan percikan air (IP64) yang menjadikannya antara telefon “raja bateri” paling berbaloi di pasaran tempatan.

    Spesifikasi dan ciri:

    "
    "
    • Paparan: 6.9 inci, kadar segar sederhana
    • Cipset: Snapdragon 685
    • Kamera: Dwi 50MP + 8MP hadapan
    • Storan: 6GB / 8GB RAM, 128GB / 256GB storan
    • Bateri: 7000mAh, sokongan pengecasan berwayar
    • Ciri: IP64 (tertakluk model), hayat bateri panjang
    • Harga: Bermula RM469 hingga RM599

    HONOR X9d – Si tahan lasak bertenaga

    HONOR X9d 5G hadir dengan bateri silikon-karbon 8300mAh yang besar dan antara telefon dengan kapasiti tertinggi di Malaysia. Ia menyokong pengecasan pantas 66W serta pengecasan berbalik. Telefon ini dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 4 bersama RAM 12GB dan storan hingga 512GB. Dengan ketahanan IP69K terhadap air dan habuk, ia sesuai untuk kegunaan lasak.

    Skrin AMOLED 6.79 inci menawarkan visual terang dan jelas dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga menampilkan kamera utama 108MP dengan penstabil imej optikal (OIS), lensa ultra lebar 5MP dan kamera hadapan 16MP. Ia menjalankan MagicOS 9.0 berasaskan Android 15 yang memberi prestasi lancar untuk kegunaan harian.

    Spesifikasi dan ciri:

    • Paparan: 6.79 inci AMOLED, 2,640 × 1,200 piksel (~427 ppi), 120Hz
    • Cipset: Snapdragon 6 Gen 4 (4nm)
    • GPU: Adreno 810
    • RAM & Storan: 12GB / 256GB atau 512GB
    • Kamera belakang: 108MP (OIS) + 5MP ultra lebar
    • Kamera hadapan: 16MP
    • Bateri: 8300mAh, pengecasan pantas 66W, pengecasan berbalik 7.5W
    • Sambungan: 5G, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.2, NFC, pembesar suara stereo, USB-C, pengimbas cap jari bawah skrin
    • Harga: Dari RM1,499 (12/256GB)

    OPPO Find X9 – Flagship luar jangka

    OPPO Find X9 menonjol dengan bateri 7025mAh dan merupakan antara kapasiti terbesar untuk telefon mercu masa kini. Ia menyokong pengecasan berwayar 80W dan wayarles 50W. Skrin LTPO OLED 6.59 inci dengan resolusi 1.5K dan kadar segar semula 120Hz direka untuk visual lancar serta penggunaan tenaga cekap.

    Ia dikuasakan cip MediaTek Dimensity 9500 dengan pilihan RAM sehingga 16GB dan storan 1TB. Sistem kameranya terdiri daripada tiga lensa 50MP termasuk lensa telefoto periskop. Dengan pensijilan IP68 dan rekaan premium, Find X9 sesuai untuk pengguna yang mahukan bateri tahan lama bersama prestasi unggul.

    Spesifikasi dan ciri:

    • Paparan: 6.59 inci LTPO OLED, 1.5K, 120Hz
    • Cipset: MediaTek Dimensity 9500
    • Kamera: 50MP utama + 50MP ultra lebar + 50MP telefoto periskop, 32MP hadapan
    • Storan: 256GB / 512GB / 1TB, hingga 16GB RAM
    • Bateri: 7025mAh, pengecasan berwayar 80W, tanpa wayar 50W
    • Ciri: IP68, bezel nipis, ColorOS 15 (Android 15)
    • Harga: Bermula RM3,488

    Redmi Note 15 Pro Plus 5G – Pertengahan premium

    Redmi Note 15 Pro Plus 5G membawa ciri kelas pertengahan ke tahap lebih tinggi dengan bateri 7000mAh, prestasi mantap dan rekaan premium. Skrin AMOLED 6.83 inci menyokong kadar segar 120Hz manakala penyesuaian perisian Xiaomi dan pengurusan tenaga cekap membolehkan peranti ini mampu bertahan lebih sehari walaupun digunakan dengan secara berat.

    Ia dikuasakan cip Snapdragon 7s Gen 4, bersama sistem tiga kamera yang memberikan hasil baik untuk foto dan video. Pengecasan pantas berwayar 90W membolehkan bateri besar diisi semula dengan cepat. Telefon ini juga menyokong 5G, RAM hingga 12GB dan storan hingga 512GB.

    Spesifikasi dan ciri:

    • Paparan: 6.83 inci AMOLED, 120Hz
    • Cipset: Snapdragon 7s Gen 4 (atau setara)
    • Kamera: Utama + ultra lebar + telefoto
    • Storan: 256GB / 512GB, hingga 12GB RAM
    • Bateri: 7000mAh, pengecasan pantas ~90W
    • Ciri: 5G, penjimatan bateri, binaan premium
    • Harga: Bermula RM2,038

    Kesimpulan – Telefon bateri besar untuk semua

    Untuk pengguna yang mengutamakan ketahanan bateri pada tahun 2025, lima telefon ini menawarkan keseimbangan antara kapasiti, kelajuan pengecasan dan kecekapan. Pilihan terbaik? HONOR X9d, bukan sahaja kerana mampu bertahan sehingga tiga hari dengan sekali cas, tetapi juga kerana ketahanannya serta ciri kelas pertengahan yang baik di bawah RM2000 dan rekaannya pun menarik.

    Tidak berkenan dengan senarai ini? Jika anda mencari pilihan lebih bajet dan tidak kisah dengan usia model, mungkin anda boleh semak senarai “Old but still Gold” kami — mana tahu, mungkin di situ ada telefon yang sesuai dengan keperluan anda.

    [Terjemahan TechNaveEn]

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...