More

    5 telefon pintar sesuai untuk “gaming” pada harga bawah RM1,000

    Dengan peningkatan teknologi pada era terkini, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis peranti dengan harga yang berpatutan. Kebanyakan pengguna akan memilih telefon pintar mengikut keperluan pengguna seperti bekerja, produktiviti, cipta kandungan ataupun gaming.

    Bagi gamers, anda pasti memerlukan telefon pintar yang berprestasi baik dengan harga mampu milik. Oleh itu, pihak TechNave telah senaraikan lima peranti yang sesuai untuk anda bermain game pada harga bawah daripada RM1,000.

    Redmi Note 11S 5G

    Ia dilengkapi dengan skrin DotDisplay FullHD+ 6.6 inci, kadar penyegaran semula 90Hz AdaptiveSync dan kadar bacaan sentuh 240Hz. Ia dikuasakan oleh cipset MediaTek  Dimensity 810 yang dipasangkan bersama RAM 6GB dan storan 128GB (slot kad microSD 1TB). Telefon ini menggunakan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. 

    Spesifikasi lain termasuk tri-kamera belakang 50MP, kamera swafoto 13MP, MIUI 13 berdasarkan Android 11, dwi-pembesar suara, bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari di sisi dan Bluetooth 5.1. Anda boleh dapatkannya pada harga RM949 dengan warna pilihan Midnight Black, Twilight Blue dan Star Blue di sini.

    realme 8 5G

    Telefon ini dikuasakan oleh cipset mediaTek Dimensity 700 5G, RAM 8GB dan storan 128GB (slot kad microSD 1TB). Ia menggunakan skrin LCD 90Hz dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan 18W. Spesifikasi lain termasuk tri-kamera 48MP, kamera swafoto 16MP, pengimbas cap jari di sisi dan dwi-kad SIM. Anda boleh dapatkannya bermula pada harga RM869 sahaja di Shopee.

    Samsung Galaxy A23

    Samsung Galaxy A23 menampilkan skrin TFT LCD 6.6 inci dengan takuk V-Cut di bahagian atas skrin, kadar penyegaran semula 90Hz dan ia dibina dengan kaca Gorilla Glass 5. Ia dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 680, RAM 6GB, storan 128GB, bateri 5,000mAh dan pengimbas cap jari di bahagian sisi. 

    Untuk kamera pula, ia terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 5MP, sensor kedalaman 2MP, kamera makro 2MP dan kamera swafoto 8MP.  Telefon ini dilengkapi sistem operasi Android 12 dengan antara muka (UI) One UI 4.1 dan akan ditawarkan dalam warna biru, jingga, putih dan hitam bermula pada harga RM899 di Shopee.

    vivo T1x

    Telefon ini dilengkapi dengan cipset Snapdragon 680, RAM 4GB/ 8GB (Extended RAM 2.0 4GB), storan 64GB/ 128GB, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 18W. Ia menggunakan skrin Ultra Clear Display FullHD+ berukuran 6.58 inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz.

    "
    "

    Spesifkasi lain termasuk tri-kamera 50MP, kamera swafoto 8MP dan perisian  FunTouchOS 12 dengan Multi-Turbo 5.0. Ia mempunyai pilihan warna Gravity Black atau Space Blue berharga RM799 untuk varian varian 8GB+128GB di Shopee.

    HONOR X8 5G

    Ia menampilkan panel LCD TFT 6.5 inci dengan nisbah aspek 20:9, dikuasakan oleh cipset Snapdragon 480+, RAM 6GB dengan RAM tambahan 2GB dan storan 128GB. Ia menggunakan sistem pengendalian Magic UI 4.2 berdasarkan Android 11.

    Di bahagian belakang pula terdiri daripada kamera utama 48MP diikuti dengan sensor kedalaman dan lensa makro manakala kamera hadapannya adalah 8MP. Baterinya berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 22.5W. Selain sambungan 5G, X8 5G juga menyokong NFC. Peranti ini berharga RM999 dengan waranti lanjutan satu tahun bernilai RM119 di Shopee.

    Telefon pintar gaming yang mana satukah pilihan anda? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured