fbpx
More

    5 telefon pintar terbaik 2021 bawah RM1000

    Sebagai penutup tirai kepada tahun 2021, kami ingin menyajikan kepada anda telefon terbaik bawah RM1000 untuk tahun ini. Senarai ini dibuat selepas mengambil kira faktor luaran dan dalaman yang terdapat pada sesebuah telefon itu sendiri. Jadi, inilah senarai telefon terbaik bawah RM1000 untuk tahun 2021:

    Terbaik untuk gaming – POCO M4 Pro 5G (RM999)

    Sacara jujurnya POCO M4 Pro 5G memiliki prestasi yang sangat mengagumkan. Daripada prestasi untuk memaparkan kandungan sehinggalah pengalaman bermain game. Sesi gaming yang lama tidak menyebabkan ianya menjadi panas dan kadar segar semula skrin tinggi memberikan kelancaran ketika bermain game.

    Ia menggunakan skrin dengan kadar segar semula 90Hz dan mempunyai teknologi Dynamic Switch yang mana ia menyesuaikan kadar bingkai mengikut kandungan yang dipaparkan. Tambahan, ciri X-axis linear motor menambahkan kepuasan ketika bermain game dengan gegaran yang dihasilkan mengikut situasi. Untuk spesifikasi dan maklumat penuh telefon ini, anda boleh klik sini.

    Terbaik untuk UI – Samsung Galaxy A22 5G (RM999)

    Pasti ramai yang berbelanja lebih jika ingin mendapatkan sebuah telefon pintar berjenama Samsung. Samsung terkenal dengan kualiti paparan antara mukanya (UI) yang lancar dan mesra pengguna. Jadi, tidak hairanlah ada sesetengah daripada kita mampu berbelanja lebih untuk mendapatkan pengalaman tersebut.

    Dengan harga bawah RM1000, kami mengesyorkan anda untuk memilih telefon Samsung Galaxy A22 5G. Telefon ini menggunakan cipset Mediatek Dimensity 700 5G, RAM 8GB dan bateri 5,000mAh. Terdapat satu kekurangan pada telefon ini iaitu pada bahagian skrinnya. Skrin peranti ini menggunakan skrin jenis TFT dan bukan IPS.

    Terbaik untuk harga – realme 8 5G (RM899)

    Tidak lengkap senarai telefon sekiranya jenama realme tiada. realme 8 5G membawakan spesifikasi dan harga yang hampir sama dengan Xiaomi Redmi Note 10 5G. Telefon ini lebih mahal sebanyak RM100 berbanding Redmi Note 10 5G, namun perbezaan harga itu memberikan RAM yang lebih besar dalam realme 8 5G. realme 8 5G mempunyai reka bentuk yang menarik dengan pilihan dua jenis warna iaitu Supersonic Blue dan Supersonic Black.

    Untuk pengetahuan, kebanyakan telefon dengan harga bawah RM1000 atau telefon kelas pertengahan banyak menggunakan cipset Mediatek Dimensity 700. Telefon ini hadir dengan RAM 8GB, 128GB ROM, skrin 6.5 inci IPS LCD dan bateri 5000 mAh. Spesifikasi penuh telefon ini anda boleh klik di sini.

    Terbaik untuk paparan – Redmi Note 10 5G (RM799)

    Redmi Note 10 5G mempunyai ciri-ciri yang mantap dengan harga yang mesra poket. Ia hadir dilengkapi cipset Mediatek Dimensity 700 5G dengan pilihan storan RAM 4GB + 64GB /  RAM 4GB + 128GB dan RAM 6GB + 128GB dan bateri berkapasiti 5000 mAh.

    Telefon ini memiliki skrin AMOLED yang sangat jelas dan mempunyai kadar segar semula skrin 90Hz. Dengan harga yang ditawarkan, ia sangat berbaloi untuk dimiliki. Anda memperoleh sebuah telefon dengan skrin yang sangat terang dan jelas walaupun jika anda berada di bawah cahaya matahari yang terik.

    Terbaik untuk rekaan luaran – OPPO A74 5G (RM999)

    OPPO A74 5G dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 480, RAM 6GB dan storan 128GB. Mungkin ramai yang menganggap cipset Snapdragon 480 adalah cipset untuk telefon kelas permulaan. Namun, prestasi cipset ini mampu bersaing dengan ‘abangnya’ yang lain iaitu Snapdragon 770. Jika dilihat pada ujian skor penanda aras dan ujian grafik, ia mempunyai prestasi yang hampir sama.

    jadi, anda tidak menghadapi masalah untuk bermain game. Tambahan, anda boleh muat turun aplikasi GFX untuk menambahkan lagi kelancaran ketika bermain game. Selain itu, ia juga menggunakan paparan IPS 6.6 inci dengan segar semula skrin 90Hz dan bateri 5,000mAh. Untuk spesifikasi lengkap, anda boleh klik di sini.

    Kesimpulannya, walaupun dengan bajet bawah RM1000, anda masih boleh menikmati spesifikasi yang terbaik dan pengalaman seperti menggunakan telefon kelas andalan. Pilihan ditangan anda untuk menentukan mana satu telefon pintar yang terbaik. Jika ada apa-apa yang kami terlepas, sila kongsikan komen anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Google Maps dan Carian bantu pemilik EV mencari lokasi pengecasan

    Dengan peningkatan pemilikan kenderaan elektrik (EV), terdapat permintaan yang semakin meningkat untuk stesen cas yang mudah diakses. Bagi mengatasi ini, Google Maps...

    Siri iQOO Z9 disahkan SIRIM, mungkin dilancar di Malaysia tidak lama lagi

    iQOO sedang bersiap sedia untuk melancarkan siri iQOO Z9 di China tidak lama lagi dengan jangkaan model standard akan menampilkan spesifikasi berbeza...

    Acer Swift Go 14 (2024) dilancar di Malaysia: Komputer riba dengan fungsi AI, skrin...

    Pada hari ini, Acer Malaysia melancarkan komputer riba multimedia Acer Swift Go 14 terbaru yang menampilkan rekaan nipis (14.9mm) dan ringan (1.32kg),...

    NASA sahkan objek yang menembusi bumbung di AS adalah serpihan roket

    Pada 8 Mac 2024, satu serpihan roket angkasa lepas dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) terhempas dan menembusi bumbung sebuah rumah di Naples,...

    Panduan beli-belah gajet dan peranti murah sempena Hari Raya 2024!

    Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu daripada perayaan terbesar di Malaysia, jadi pelbagai syarikat teknologi dan elektronik akan mengambil kesempatan ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X