More

    5 telefon pintar terbaik bawah RM1,000 untuk 2024

    2024 kini semakin hampir ke penghujungnya dan kami pasti ramai dalam kalangan para pembaca sedang mencari-cari pelbagai promosi akhir tahun untuk telefon pintar. Memandangkan tahun baru pun semakin hampir, inilah masanya untuk kita membeli telefon baharu juga, bukan?

    Bagi memudahkan carian gajet idaman anda, kami telah pun menyenaraikan telefon pintar andalan (flagship) terbaik dan telefon kelas pertengahan terbaik pada tahun ini untuk pertimbangan anda. Sungguh pun begitu, jika anda tidak mempunyai bajet yang besar untuk telefon baharu (seperti golongan pelajar atau pekerja yang baru memulakan kerjaya), usah risau kerana ini artikel khas untuk anda. Berikut adalah telefon terbaik yang anda boleh beli bawah RM1,000:

    Samsung Galaxy A16 5G

    Samsung bukan lagi sebuah jenama yang asing dalam kalangan rakyat Malaysia dan syarikat Korea Selatan ini menawarkan telefon dalam setiap kategori harga. Anda namakan sahaja bajet anda, pasti ada telefon Samsung yang sesuai.

    Untuk artikel ini, kami memilih Samsung Galaxy A16 5G yang dijual pada harga pasaran RM899. Telefon ini mempunyai spesifikasi yang cukup untuk segala keperluan anda, seperti skrin dengan panel Super AMOLED Full HD+ yang boleh paparkan imej cantik, bateri besar 5,000mAh serta modul kamera yang lengkap (kamera utama + ultra-lebar + makro).

    Galaxy A16 turut ditawarkan dalam satu lagi varian yang hanya menyokong rangkaian 4G/LTE dan dijual pada harga lebih murah, namun kami cadangkan anda supaya mendapatkan varian 5G supaya anda boleh manfaatkan kelajuan internet 5G yang jauh lebih pantas.

    realme C75

    Anda rasa anda seorang yang kerap jatuhkan barang secara tidak sengaja, jadi anda mungkin mahukan sebuah telefon yang tahan lasak? realme C75 yang berharga RM699 mungkin adalah telefon yang sesuai untuk anda. Ia mempunyai badan tahan lasak dengan standard tentera MIL-STD 810H untuk tahan impak jatuh, serta rating kalis air IP69 yang bermaksud ia tidak akan rosak walaupun selepas dibasahi atau tenggelam dalam air.

    Daripada segi spesifikasi dalaman, semua spesifikasinya bagus dan boleh dijangka untuk telefon kategori ini, seperti skrin LCD Full HD+ 90Hz, kamera 50MP, bateri besar 6,000mAh, pengecasan pantas 45W dan pembesar suara stereo. Satu kekurangan yang agak ketara adalah ketiadaan kamera ultra-lebar yang akan mengehadkan kebolehan fotografinya.

    Infinix NOTE 40X 5G

    Anda mahukan telefon murah yang nampak seperti iPhone? Jika dilihat dari belakang, Infinix NOTE 40X 5G yang dijual pada harga RM849 mempunyai bonggol kamera dan susunan lensa yang hampir sama dengan iPhone, jadi ini telefon yang sesuai kalau anda inginkan telefon murah yang nampak mahal.

    "
    "

    Selain daripada itu, ia mempunyai RAM 12GB yang agak besar untuk sebuah telefon mampu milik, sensor kamera utama 108MP dan bateri besar 5,000mAh. Kadar pengecasannya agak perlahan berbanding telefon lain dalam senarai ini, iaitu sekadar 18W sahaja.

    nubia Neo 2 5G

    Buat para pelanggan yang mengutamakan prestasi gaming dalam telefon mampu milik, nubia Neo 2 5G yang berharga RM999 adalah peranti yang sangat menarik. Satu ciri penting pada telefon ini adalah ia mempunyai butang pemicu Shoulder Triggers di bahagian sisi untuk digunakan sewaktu bermain game, sesuatu yang jarang ditawarkan dalam telefon kategori ini.

    Selain itu, rekaan belakangnya juga sangat “garang” dengan rekaan Bionic Mecha yang membuatkannya nampak seperti wajah robot. Skrinnya juga agak menarik, dengan panel LCD Full HD+ 6.72 inci dan kadar segar semula 120Hz yang menawarkan butiran imej jelas dan pengalaman tatal (swipe) yang lancar, manakala pembesar suara stereo DTS:X Ultra akan menawarkan audio yang bagus untuk telefon kategori ini.

    Ia menggunakan cipset Unisoc T820 yang mungkin tidak menawarkan prestasi yang begitu lancar, namun baterinya yang besar (6,000mAh) dan pemicu Shoulder Trigger masih boleh menawarkan pengalaman gaming yang menyeronokkan untuk telefon mampu milik.

    HONOR X7c

    HONOR X7c yang berharga RM699 adalah sebuah lagi telefon mampu milik yang sangat tahan lasak dan tidak akan rosak jika anda jatuhkannya secara tidak sengaja (atau mungkin juga secara sengaja). Badannya mempunyai pengiktirafan Pensijilan Prestasi Premium SGS untuk Rintangan Jatuhan dan Hancur yang bermaksud ia telah pun diuji secara ekstrem untuk menahan impak yang kuat, serta rating kalis air IP64 supaya ia tidak boleh dirosakkan oleh simbahan air.

    Ia mempunyai skrin LCD dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula setinggi 120Hz untuk pengalaman tatal yang lancar mirip telefon lebih mahal. Untuk spesifikasi dalaman, ia mempunyai cipset Snapdragon 685 yang cukup bagus untuk kegunaan asas, bateri besar 6,000mAh dan kadar pengecasan pantas 35W.

    Di belakang, ia mempunyai kamera utama dengan sensor 50MP dan corak garisan yang agak menarik (untuk warna hijau sahaja). Ia juga masih menawarkan bicu audio 3.5mm, di samping pembesar suara stereo. Sungguh pun begitu, ia tidak mempunyai kamera ultra-lebar.

    Jadi adakah anda berminat dengan mana-mana telefon di atas? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    vivo lancar Concept Store baharu di Sunway Velocity Mall dengan pameran “imaging” tersendiri

    vivo Malaysia bakal membuka Concept Store baharu di Sunway Velocity Mall pada 27 Jun 2026 dengan membawa konsep lebih interaktif menerusi Immersive...

    Samsung kini pilih ChatGPT untuk bantu pembangunan produk dan operasi syarikat

    Samsung dan OpenAI kini mengembangkan kerjasama mereka ke peringkat baharu apabila Samsung dilaporkan akan menyediakan ChatGPT Enterprise dan Codex kepada semua pekerja...

    Tecno Camon 50 Slim tiba dengan 354 mini-LED belakang, skrin 144Hz dan ketebalan hanya...

    Tecno secara senyap-senyap telah menyenaraikan Camon 50 Slim pada laman global mereka yang mendedahkan hampir keseluruhan spesifikasi dan ciri telefon tersebut. Buat...

    Xiaomi YU7 GT jadi kereta pertama catat rekod pusingan tanpa pemandu di Nurburgring

    Litar Nürburgring Nordschleife di Jerman terkenal sebagai antara litar paling mencabar di dunia, tetapi kali ini ia menjadi lokasi percubaan yang berbeza...

    MC digital bakal diperkenal, bantu majikan sahkan ketulenan sijil cuti sakit pekerja

    Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan siasatan sedang dijalankan berhubung sindiket MC palsu yang dipercayai beroperasi sejak sedekad lalu. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...