More

    5,000 CCTV dikuasakan AI kini dipasang di KL bagi meningkatkan keselamatan

    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini meningkatkan keselamatan bandar dengan pemasangan 5,000 kamera litar tertutup (CCTV) berteknologi kecerdasan buatan (AI). Kamera ini ditempatkan di lokasi strategik seperti kawasan tumpuan ramai, taman awam, River of Life dan pasar bagi meningkatkan keselamatan serta pengurusan trafik.

    Menurut DBKL, sistem ini berupaya mengesan pelanggaran lalu lintas, iklan haram, risiko banjir dan aktiviti mencurigakan. Kamera ini juga boleh merakam secara berterusan selama 45 hari dengan keupayaan penglihatan 360 darjah sejauh 200 meter dan disokong oleh sambungan gentian optik untuk kualiti imej yang tinggi.

    Pusat Kawalan DBKL akan menggunakan sistem ini bagi kawalan trafik yang lebih sistematik, mengurangkan kesesakan dan mempercepatkan tindak balas kecemasan. Inisiatif ini bukan sekadar pemantauan tetapi bertujuan menjadikan Kuala Lumpur lebih selamat dan cekap.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured