fbpx
More

    6 cara bagaimana anda boleh dapatkan gambar terbaik dengan Samsung Galaxy A73, A53 dan A33

    Baru-baru ini, Samsung Malaysia telah pun menyegarkan semula siri telefon pintar kelas pertengahan yang terlaris, Samsung Galaxy A, dengan model Galaxy A73, Galaxy A53 dan Galaxy A33. Siri telefon ini bukan sahaja menyediakan fungsi yang lengkap dengan harga berpatutan, malah mempunyai kamera yang hampir setaraf dengan telefon yang lebih mahal seperti Galaxy S22.

    Jika anda inginkan telefon pintar kelas pertengahan dengan kamera yang bagus, anda perlu dapatkan antara tiga telefon Galaxy A ini. Dalam artikel ini, kami akan tunjukkan bagaimana kamera Galaxy A boleh membantu anda ambil gambar yang lebih cantik:

    1 – Penstabilan imej optikal (OIS)

    Samsung Galaxy A73, Galaxy A53 dan Galaxy A33 mempunyai teknologi penstabilan imej optikal (optical image stabilisation, OIS) yang bermaksud anda boleh ambil gambar yang sangat jelas dalam semua situasi. Walaupun anda sekadar memegang telefon ini, gambar yang dihasilkan nampak sangat jelas seperti anda meletakkan telefon di atas sebuah tripod.

    Ini amat berguna sewaktu anda ingin mengambil gambar dengan cepat kerana OIS akan membatalkan sebarang getaran daripada tangan anda.

    Selain itu, Galaxy A53 dan Galaxy A33 mempunyai teknologi autofokus phase detect supaya ia boleh fokus kepada subjek anda dengan lebih pantas. Ia juga mempunyai rakaman gerak perlahan (slow motion) sehingga 480fps untuk efek video yang lebih dramatik.

    2 – Night Mode yang lebih jelas

    Siri Samsung Galaxy A kini boleh mengambil gambar yang lebih cantik dalam suasana malap. Telefon ini mempunyai cipset Exynos 1280 yang menawarkan unit pemprosesan neural (NPU) yang lebih pintar dan unit pemperosesan grafik (GPU) yang lebih pantas, membenarkannya kecerdasan buatannya (AI) untuk memproses multi-gambar sebanyak 12 gambar untuk menghasilkan gambar akhir yang lebih cantik.

    Hasilnya, gambar yang diambil pada waktu malap tidak mempunyai banyak noise dan menjadi lebih jelas.

    3 – Mod Potret yang lebih kemas

    Jika anda ingin menghasilkan gambar dengan latar belakang yang kabur, anda perlu mengaktifkan mod potret untuk efek mirip kamera DSLR. Dengan Galaxy A, anda bukan sahaja boleh dapatkan efek potret yang kemas, malah anda boleh hiaskan mod potret anda dengan pelbagai efek pencahayaan (lighting) untuk gambar yang lebih unik dan menarik.

    4 – Sunting gambar dengan Photo Remaster dan AI Eraser

    Samsung Galaxy A kini mempunyai fungsi Photo Remaster, di mana gambar anda yang kabur kini boleh dijelaskan dengan fungsi tersebut. Jadi, jika anda dapati gambar yang anda ambil sebelumnya tidak begitu jelas, anda boleh mencantikkannya sedikit sewaktu menyunting menggunakan Photo Remaster.

    Dengan fungsi AI Eraser, saya boleh membuang kren di bahagian kiri gambar asal (kiri) Gambar yang telah disunting (kanan) tidak mempunyai kren tersebut

    Selain itu, fungsi AI Eraser pula membenarkan anda untuk membuang sebarang objek atau orang yang tidak diingini dalam latar belakang anda. Sewaktu menyunting, anda hanya perlu menandakan objek dalam gambar yang ingin dibuang, dan Galaxy A akan melakukannya sambil mengekalkan mutu keseluruhan gambar.

    5 – Kamera ultra-lebar yang lebih sesuai untuk pelbagai suasana

    Kamera ultra-lebar dalam Galaxy A kini boleh mengambil gambar dan video dalam 360 darjah untuk efek panorama yang lebih menyeluruh.

    Selain itu, ia juga boleh menyediakan cadangan (suggestions) untuk melaraskan gambar mengikut suasana persekitaran supaya ia boleh menghasilkan gambar ultra-lebar yang terbaik dalam sebarang situasi.

    6 – Jadi kreatif dengan cara anda mengambil gambar dengan Single Take

    Anda boleh merakam berbilang gambar dan video pada satu ketika sahaja dengan hanya satu ketikan butang. Kameranya yang berkuasakan AI akan mengesan apa sahaja yang ada dalam bingkai kamera.

    Single Take akan menjana beberapa gambar dan video pendek secara automatik selepas anda menekan shutter

    Anda boleh berlari, melompat, menjerit – gambar serta video anda akan tetap kelihatan hebat kerana ciri Single Take akan membantu anda memilih pilihan gambar yang terbaik.

    Enam ciri di atas ini adalah antara pelbagai fungsi unik yang ditawarkan dalam siri Samsung Galaxy A. Siri Samsung Galaxy A kini tersedia untuk dibeli di mana-mana Samsung Experience Stores, Samsung Authorized Dealers dan Samsung Malaysia Online Store.

    Selain itu, dari sekarang hingga 31 Mei 2022, anda akan mendapat hadiah percuma dan diskaun 20% Samsung Care+* dengan pilihan sehingga 2 tahun apabila anda membeli mana-mana telefon pintar Siri Galaxy A baharu. Lebih baik lagi, anda dapat nikmati penjimatan hebat dengan promosi Purchase with Purchase “PWP” apabila anda menukar beli peranti layak anda dan terima rebat tambahan sehingga RM150 ditambah kepada nilai tukar beli asas (tertakluk pada terma dan syarat).

    Semak harga runcit yang disyorkan dan hadiah percuma Siri Galaxy A di bawah:

    ModelTarikh Promosi PelancaranRRPWarnaHadiah Percuma (tertakluk pada terma dan syarat)
    Galaxy A33 5G  1 April – 31 Mei 2022  RM1,499Awesome Black
    Awesome White
    Awesome Peach
    Awesome Blue
    •  1x  Galaxy A33 5G Card Slot Cover, bernilai RM59
    Galaxy A53 5G  1 April – 31 Mei 2022RM1,849Awesome Black
    Awesome White
    Awesome Peach
    Awesome Blue
    • 1x Galaxy A53 5G Protective Standing Cover, bernilai RM99
    Galaxy A73 5G  1 April – 31 Mei 2022  RM2,099Awesome Mint,
    Awesome Black, Awesome Gray
    •  1x  Camera Filter Mount, bernilai RM169

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut tentang siri telefon pintar kelas pertengahan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki peranti hebat ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh Samsung]

     

    Artikel Terkini

    HONOR X7b 5G dilancar di Malaysia: Dimensity 6020, bateri 6,000mAh & kamera 108MP berharga...

    Memperkenalkan HONOR X7b 5G, telefon pintar yang berkuasa yang mentakrifkan semula prestasi mudah alih dan fotografi. Ia dilengkapi dengan RAM 16GB dan...

    nubia Neo 2 5G dilancar di Malaysia: Tampilkan ‘Dual Gaming Shoulder Triggers’ berharga RM999

    Siri nubia Neo melancarkan peranti andalan terbaharunya, nubia Neo 2 5G yang dicipta untuk memenuhi keperluan pemain kasual dan peminat dengan mengutamakan...

    TIME naik taraf Pakej MyKabel 100Mbps kepada 200Mbps, harga kekal pada RM69/bulan

    Awal bulan ini, TIME memberikan peningkatan Speed Boost secara percuma kepada beberapa pelanggan yang layak. Kini, terdapat satu lagi peningkatan baru dan...

    Fahmi Fadzil: Kanak-kanak bawah 13 tahun tidak patut miliki akaun media sosial

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ibu bapa harus memastikan anak-anak mereka yang berumur 13 tahun ke bawah tidak memiliki sebarang akaun media...

    Kerajaan akan buat pengumuman penting tentang 5G pada hujung April atau awal Mei 2024

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan akan membuat beberapa pengumuman penting mengenai rangkaian 5G pada hujung bulan ini atau awal bulan Mei....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured