More

    6 fungsi Samsung Galaxy A yang mudahkan semua tugasan harian anda – dari kerja hingga hiburan

    Siri telefon pintar pertengahan Samsung Galaxy A merupakan siri telefon yang paling laris di dunia kerana dengan harga yang berpatutan, siri telefon ini menawarkan pelbagai fungsi canggih yang memudahkan pelbagai tugas harian anda seperti membeli-belah, produktiviti, fotografi dan banyak lagi. 

    Fungsi-fungsi seperti ini selalunya hanya dihadkan untuk telefon kelas premium, namun ia kini turut ditawarkan dalam Galaxy A untuk memudahkan lebih ramai pelanggan. Jika anda masih tidak mengenali ciri-ciri unik yang terdapat pada siri Galaxy A, ini adalah enam contoh fungsi yang menarik untuk anda:

    Gantikan kad kredit anda dengan Samsung Pay

    Sewaktu anda membeli-belah, anda tidak perlu lagi menggunakan wang tunai atau kad kredit daripada dompet kerana Galaxy A mempunyai fungsi Samsung Pay yang boleh bertindak sebagai dompet digital. Anda hanya perlu pautkan kad debit atau kredit dengan akaun Samsung Pay kemudian telefon Galaxy A boleh digunakan seperti kad tersebut.

    Ini bukan sahaja boleh mengurangkan jumlah kad dalam dompet anda, malah memudahkan anda untuk menjejak segala transaksi anda dengan lebih teliti. Jika anda tertinggal dompet di rumah atau kereta pula, usah risau kerana telefon Galaxy A sudah memadai untuk melengkapkan semua transaksi di kedai yang menerima kad kredit.

    Ambil gambar dan video serentak dengan Single Take

    Pada waktu ini, lebih ramai pengguna ingin mencipta pelbagai bentuk kandungan gambar dan video yang boleh dimuat naik ke dalam beberapa media sosial serentak. Akan tetapi, proses ini mungkin agak leceh kerana anda perlu mengambil gambar kemudian merakam video pula.

    Mujur sekali, setiap kamera dalam telefon Galaxy A dilengkapi fungsi Single Take di mana dengan satu klik sahaja, telefon ini akan mencipta beberapa gambar dan klip video pendek secara automatik yang sudah siap disunting dengan efek khas. Ini memudahkan anda untuk membuat pelbagai gaya sewaktu mengambil gambar, tanpa perlu mengambilnya beberapa kali.

    Selepas kamera selesai mengambil gambar dengan Single Take, anda hanya perlu pilih gambar dan video yang digemari untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.

    Link To Windows mudahkan tugasan kerja

    Sewaktu bekerja pula, Galaxy A dilengkapi fungsi Link To Windows yang memautkan telefon anda dengan sebuah komputer Windows secara wayarles. Kini anda boleh memindahkan fail di antara dua peranti tersebut tanpa memerlukan kabel.

    Selain itu, anda juga boleh mengakses telefon Galaxy A daripada skrin komputer sahaja. Ini bukan sahaja akan mempercepatkan aliran kerja anda, malah mengurangkan sebarang kesulitan yang sering timbul apabila bekerja dengan dua peranti serentak.

    Sambung aplikasi dalam peranti lain dengan App Continuity

    Jika anda kerap bertukar-tukar antara telefon Galaxy A dengan tablet Galaxy Tab, telefon ini mempunyai fungsi App Continuity yang membenarkan anda untuk menyambung tugas dengan mudah di antara dua-dua peranti tersebut.

    Anda boleh sambung menulis dokumen daripada telefon ke dalam Galaxy Tab untuk skrin yang lebih luas. Ia juga membenarkan pemindahan fail secara mudah di antara dua-dua peranti serta membuat panggilan video.

    Buds Auto Switching mudahkan sambungan audio dengan beberapa peranti serentak

    Galaxy A boleh memanfaatkan fungsi Buds Auto Switching apabila ia dipautkan kepada fon telinga wayarles Galaxy Buds. Dalam sebuah kes di mana Buds tersebut turut dipautkan dengan sebuah Galaxy Tab, anda boleh memainkan muzik daripada tablet namun jika anda mendapat panggilan telefon, Buds akan terus bertukar kepada Galaxy A secara automatik supaya anda boleh menjawabnya.

    Selain itu, telefon ini juga boleh berpaut kepada Galaxy Buds secara automatik sebaik sahaja Buds itu dihidupkan. Selepas memautkannya buat kali pertama, anda tidak perlu lagi menghubungkan dua peranti ini secara manual setiap kali anda ingin menggunakannya.

    Bixby Routines sebagai pembantu peribadi

    Telefon Galaxy A kini menampilkan teknologi bantuan peribadi Bixby Routines yang menggunakan teknologi pembelajaran mesin (machine learning) untuk mengetahui kegiatan harian anda. Berdasarkan maklumat seperti lokasi, waktu dan aktiviti, ia boleh membuka aplikasi yang diperlukan oleh anda secara automatik.

    Sebagai contoh, apabila telefon Galaxy A dihubungkan kepada kenderaan anda melalui Bluetooth, ia boleh buka aplikasi Maps dan mainkan muzik secara automatik serta mengelakkan skrin anda daripada ditutup untuk akses mudah. Jika anda lupa mengecas telefon pada waktu malam, Bixby Routines akan menghentikan fungsi tidak penting untuk menjimatkan hayat bateri telefon.

    Ini hanya enam daripada banyak lagi fungsi menarik pada siri Galaxy A. Selain itu, siri telefon ini juga mempunyai banyak varian yang dijual pada kategori harga berlainan, jadi tidak kisah apa sahaja bajet anda, pasti ada telefon Galaxy A yang sesuai.

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika anda ingin memiliki telefon Samsung Galaxy A dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh Samsung Malaysia]

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...