More

    600k pengguna Streamyx beralih kepada unifi, capai 5.9 juta pengguna pada Q1 2022

    Telekom Malaysia (TM) semalam mengumumkan bahawa ia telah mengembangkan rangkaian gentiannya (fibre network) meliputi 5.9 juta premis di Malaysia hanya dalam tempoh suku pertama 2022. Oleh itu, TM kini hanya kekurangan 100,000 premis daripada sasaran 6 juta yang diamanahkan kepada mereka di bawah inisiatif Rangkaian Digital Nasional (JENDELA).

    Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TM, Mohamed Tajul Mohamed Sultan memuji liputan rangkaian gentian yang diperluaskan dengan berkata ia akan mempercepatkan pelancaran rangkaian 5G di Malaysia. Beliau seterusnya berkata bahawa infrastruktur gentian TM akan memberi manfaat kepada menara telekomunikasi mudah alih.

    CEO TM, Mohamed Tajul Mohamed Sultan

    Seperti yang dilaporkan oleh agensi berita nasional Bernama, Ketua Pegawai Eksekutif TM juga mendedahkan bahawa syarikatnya menyasarkan pengguna Streamyx sedia ada. Malah, 600,000 daripada 900,000 pengguna kini telah berhijrah ke rangkaian teknologi gentian yang lebih baik dan cepat daripada rangkaian Streamyx.

    Pada masa ini, TM sedang berusaha untuk menyediakan kemudahan gentian untuk baki 300,000 pengguna Streamyx. Mohamed Tajul kemudian menegaskan bahawa TM akan meneruskan inisiatif ini ke kawasan luar bandar.

    Matlamat TM adalah untuk memastikan rakyat Malaysia akan dapat menikmati kemudahan infrastruktur gentian dengan perkhidmatan jalur lebar berkualiti terbaik tanpa mengira lokasi mereka. Ini selaras dengan JENDELA yang bertujuan untuk menyediakan liputan yang lebih luas dan pengalaman kualiti jalur lebar yang lebih baik untuk rakyat sebagai langkah dalam kesediaan Malaysia untuk beralih kepada teknologi 5G.

    Fasa pertama (2020-2022) bertujuan untuk mengembangkan liputan jalur lebar mudah alih 4G daripada 91.8 peratus kepada 96.9 peratus di kawasan berpenduduk, meningkatkan kelajuan jalur lebar mudah alih daripada 25Mbps kepada 35Mbps dan membolehkan 7.5 juta premis mempunyai akses kepada jalur lebar talian tetap berkelajuan gigabit. Sementara itu, fasa kedua akan menyaksikan peralihan kepada 5G selepas platform tersebut kukuh jika fasa pertama dapat dicapai.

    Apakah pendapat anda tentang pengumuman TM ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Bernama

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured