More

    627 individu ditahan berikutan jenayah lombong “bitcoin” secara haram sejak 2020

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 627 individu dan merampas aset bernilai RM69.8 juta yang terlibat dalam aktiviti melombong bitcoin secara haram di seluruh negara sejak 2020.

    Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, pihak PDRM telah bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi menjayakan operasi serbuan premis lombongan bitcoin sepanjang tempah dua tahun ini.

    Bagi meneruskan pencegahan jenayah melibatkan lombong bitcoin, TNB telah menyumbang sembilan kenderaan pacuan empat roda (4×4) Mitsubishi Triton kepada PDRM.

    Selain itu, beliau mengingatkan rakyat supaya berwaspada sebelum menyerahkan sebuah premis kepada penyewa yang mungkin akan menyalah gunakan premis tersebut sebagai pusat melombong bitcoin. Jenayah ini selalunya melibatkan jumlah penggunaan elektrik yang amat tinggi dan akan menjejaskan penggunaan bekalan elektrik oleh penduduk setempat.

    Beliau menasihati rakyat supaya berurusan dengan TNB sahaja bagi membuat sambungan atau perubahan kepada pemasangan elektrik.

    Sebelum ini, TNB sering menyatakan masalah besar yang dihasilkan daripada lombongan bitcoin haram, di mana syarikat itu mengalami kerugian bernilai RM2.3 bilion selepas bekala tenaga elektrik diseleweng oleh pelombong bitcoin.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Utusan

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured