More

    64.28% pengguna iOS 14.5 tolak fungsi jejakan iklan, syarikat pemasaran kini beralih ke Android

    Jika anda merupakan seorang pengguna iPhone, anda pasti sudah menyedari kewujudan fungsi ketelusan penjejakan aplikasi (App Tracking Transparency) selepas mengemas kini peranti anda kepada iOS 14.5. Menurut organisasi pengiklanan dalam telefon No IDFA No Problem, 16.8% daripada semua pengguna iOS 14.5 telah membenarkan aplikasi dalam telefon untuk menjejak penggunaan mereka.

    Selain itu, majoriti pengguna iOS 14.5 iaitu sebanyak 64.28% telah menghidupkan fungsi App Tracking Transparency dan menghalang aplikasi daripada menjejak segala aktiviti dalam talian mereka. Ini telah menyukarkan syarikat pemasaran untuk mengiklankan produk mereka secara lebih efektif dalam kalangan pengguna iPhone dan mengurangkan kos pengiklanan di dalam platform iOS sebanyak 2.51% hingga 3.59%.

    Kos pengiklanan dalam iOS 14.5 juga telah menurun, dengan nilai cost per thousand (CPM) jatuh sebanyak 2.4% hingga 8.73%. Pada masa yang sama, ini juga bermaksud syarikat pemasaran kini lebih selesa untuk menyiarkan iklan dalam platform Android di mana mereka telah meningkatkan kos pengiklanan daripada 8.29% hingga 21%.

    Walaupun kadar penggunaan iOS 14.5 masih lagi rendah iaitu setakat 14.92% daripada seluruh pengguna iPhone, trend ini mungkin akan menunjukkan trend pemasaran yang akan berlaku di antara kedua-dua sistem operasi dalam masa terdekat.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: No More IDFA

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured