More

    650 pelanggan failkan saman berjumlah RM650 juta terhadap CIMB

    Sekumpulan 650 pemegang akaun Bank CIMB telah memfailkan saman RM650 juta terhadap bank itu kerana cuai berhubung kesilapan pemprosesan yang menyebabkan akaun mereka dibekukan dan berhutang. 26 pemilik akaun mewakili 650 pelanggan yang lain bersedia untuk membawa kes ini ke muka pengadilan.

    Mereka menuntut pemulihan keseluruhan sebanyak RM1,007,702.91 yang didakwa telah diambil secara paksa daripada akaun mereka oleh CIMB berikutan proses pemulihan hutangnya. Kumpulan itu juga meminta sekurang-kurangnya RM1 juta diberikan sebagai ganti rugi kepada setiap pemegang akaun.

    Mereka juga memohon Mahkamah Tinggi untuk tidak membatalkan akaun mereka dalam tempoh tujuh hari selepas keputusan selain ganti rugi am dan teladan dengan faedah 5% setahun dari hari saman difailkan serta keseluruhan kos.

    CIMB membalas dengan mengeluarkan kenyataan bahawa semua langkah pemulihan yang diambil adalah selaras dengan amalan standard industri dan selepas notis dan pemberitahuan yang sewajarnya. CIMB tetap komited untuk memastikan penyelesaian yang adil dan terurus dan kami akan terus melibatkan semua pelanggan yang terjejas yang menerima kredit berganda.

    CIMB akan menyerahkannya segala proses sewajarnya kepada mahkamah. Bank pusat telah mengarahkan CIMB untuk memastikan bahawa apa sahaja langkah pemulihan yang diambilnya tidak akan membebankan pelanggan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: FMT

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...