fbpx
More

    7 fungsi yang perlu diutamakan sewaktu membeli komputer untuk perniagaan anda

    Sejak permulaan wabak COVID-19 pada tahun lepas yang menyebabkan hampir seluruh dunia untuk menguatkuasakan perintah berkurung, permintaan terhadap peranti elektronik juga semakin meningkat berikutan keperluan untuk bekerja dari rumah. Ini termasuklah komputer riba yang bukan sahaja boleh digunakan untuk tugas pekerjaan, malah bermain game, hiburan dan pendidikan. Sesetengah komputer riba boleh melaksanakan seluruh tugas itu dengan baik.

    Walau bagaimanapun, jika anda adalah seorang ahli perniagaan yang mengutamakan produktiviti, jenis komputer riba manakah yang paling sesuai untuk anda? Jelas sekali, anda memerlukan komputer perniagaan (business laptop) yang dilengkapi pelbagai fungsi khas untuk memudahkan tugasan. Dalam artikel ini, kami akan bincangkan tujuh fungsi yang anda perlu utamakan sewaktu membeli komputer untuk perniagaan.

    Prestasi laju dan boleh diharap

    Seelok-eloknya komputer anda perlu dilengkapi Intel ®️ Core™️ i7 untuk prestasi pantas

    Dalam dunia perniagaan, anda perlu pantas bekerja dan komputer anda juga perlu bertindak sama. Sebuah komputer riba harus menjana prestasi yang boleh mencapai standard tinggi, membenarkan pengguna untuk menyelesaikan tugasan mereka tanpa sebarang gangguan. Lebih penting, komputer juga tidak boleh tersangkut (hang) sewaktu detik-detik penting.

    Jika kerja anda hanya melibatkan hamparan (spreadsheet) dan dokumen elektronik, spesifikasi yang asas mungkin sudah memadai. Sungguh pun begitu, spesifikasi yang lebih canggih akan membenarkan anda untuk membuat pelbagai tugas serentak. Sekurang-kurangnya, komputer anda perlu dilengkapi CPU Intel ®️ Core™️ i5. Jika anda banyak menghadiri mesyuarat video seperti Zoom atau menyunting gambar, CPU Intel ®️ Core™️ i7 adalah lebih bagus. Di samping itu, RAM anda tidak boleh lebih kurang daripada 8GB dan lebih elok jika anda mendapatkan sebanyak 16GB.

    Kukuh, mudah dibawa dan kemas

    Jika anda selalu bergerak, komputer seharusnya boleh dimasukkan dalam beg dengan mudah

    Sebelum wabak COVID-19 menular, eksekutif perniagaan sering bergerak ke pelbagai tempat bagi menghadiri mesyuarat dan rundingan perniagaan. Walaupun mereka kini boleh melakukan tugas tersebut dalam keselesaan rumah, tanggungjawab mereka masih kekal penting dan inilah sebanya mereka perlu memiliki komputer yang kukuh. Selain itu, mereka juga pasti ingin berubah-ubah tempat dalam rumah, contohnya dari bilik tidur ke ruang tamu, oleh itu komputer yang mudah dibawa adalah sangat berguna.

    Anda perlu mencari komputer riba kategori ultrabook yang mempunyai berat bawah 2kg, bersaiz kompak dan mudah dimasukkan ke dalam beg. Rangkanya pula perlu dibuat daripada besi agar ia tahan lasak dan tidak merosakkan komponen dalaman. Jika anda boleh cari komputer dengan ciri-ciri tersebut serta mempunyai rekaan cantik, itu adalah satu bonus!

    Ketahanan bateri dan pengecasan pantas

    Jangan biarkan bateri kecil halang tugasan anda!

    Jika anda kerap bergerak ke banyak tempat, terdapat kemungkinan besar di mana anda akan berada di tempat yang tidak mempunyai palam elektrik. Selain itu, walaupun anda bekerja dari rumah sahaja, tidak mustahil untuk rumah anda terputus bekalan elektrik. Oleh yang demikian, bateri dalam komputer riba adalah sangat penting untuk bekerja pada waktu-waktu kecemasan.

    Bateri yang boleh bertahan 6 hingga 8 jam adalah cukup untuk kebanyakan orang. Jika bateri anda tidak boleh bertahan sedemikian, pengecasan yang pantas boleh membantu untuk membekalkan cas banyak dalam masa yang pendek.

    Perhubungan terkini

    Semua komputer riba boleh dihubungkan ke internet secara wayarles, namun tidak semua komputer mempunyai keupayaan wayarles yang terpantas. Sebab itulah kami syorkan komputer dengan perhubungan (connectivity) yang paling laju, termasuk penghubung Bluetooth terkini bagi memudahkan hubungan dengan pelbagai jenis aksesori. Sekurang-kurangnya, anda perlu dapatkan rangkaian WiFi 6 untuk kelajuan tertinggi.

    Komputer dengan sokongan WiFi 6 kini semakin mudah didapati

    Port yang lengkap

    Port HDMI (kanan) adalah sangat penting untuk mereka yang kerap membuat pembentangan

    Selepas meneliti spesifikasi dan perhubungan sebuah komputer riba, kini anda perlu lihat sama ada ia mempunyai port yang mencukupi. Komputer yang mudah dibawa seperti ultrabook sering mengurangkan jumlah port bagi mengekalkan kenipisannya, jadi anda perlu tentukan sama ada pengurangan tersebut akan menjejaskan tahap produktiviti anda.

    Bergantung kepada keperluan, anda mungkin inginkan lebih banyak port USB-A berbanding USB-C kerana anda mempunyai banyak storan luaran yang dihubungkan melalui USB-A. Jika anda kerap memberi pembentangan atau memerlukan monitor kedua, port HDMI adalah sesuatu yang perlu.

    Keselamatan

    Adakah anda diberi tanggungjawab dengan pelbagai dokumen rahsia perniagaan anda? Jika ya, pastikan anda tidak abaikan keselamatan dalam komputer riba. Komputer Windows yang asas akan dilengkapi perisian Windows Hello, yang menggunakan kamera webcam untuk mengimbas muka pengguna dan memberi akses. Sekurang-kurangnya, orang luar tidak boleh curi-curi pandang terhadap paten atau strategi rahsia dalam komputer sewaktu anda pergi ke tandas.

    Windows Hello untuk pengecaman muka

    Bekerja dalam gelap

    Keyboard dengan pencahayaan latar belakang boleh memudahkan penaipan dalam waktu gelap

    Mungkin ini adalah tabiat yang tidak patut dilakukan dengan kerap, namun kadang-kala kita perlu melakukan tugas penting yang datang secara tiba-tiba dan kebetulan pula kita berada dalam kawasan yang gelap. Atau lebih teruk lagi, rumah atau pejabat anda terputus bekalan elektrik namun tugas anda masih perlu disiapkan dengan segera.

    Dalam kes seperti ini, papan kekunci yang mempunyai pencahayaan di bawahnya akan sangat membantu anda untuk menaip. Di samping itu, skrin komputer juga perlu mempunyai penapis cahaya biru (blue light filter) atau anti-kelipan (anti-flicker). Mata anda akan menghargai fungsi-fungsi tersebut, lebih-lebih lagi jika anda bekerja dalam suasana gelap.

    Jadi inilah dia tujuh ciri-ciri yang amat mustahak sewaktu mencari komputer riba untuk tugas perniagaan anda. Contoh komputer yang dilengkapi pelbagai fungsi di atas adalah JOI ®️ Book 7115 yang dilengkapi CPU Intel ®️ Core™️ i7-1165G7, RAM sehingga 16GB dan storan SSD 512GB. Ia dilengkapi pelbagai jenis port, sokongan Windows Hello, hubungan WiFi 6 dan banyak lagi.

    Jika keperluan anda tidaklah terlalu berat, JOI ®️ Book 5115 menawarkan fungsi yang serupa kecuali pada CPU iaitu Intel ®️ Core™️ i5-1135G7 dan RAM 8GB dengan harga mampu milik bermula RM4,599. Kedua-dua komputer mempunyai berat 1.65kg, membuatkannya komputer yang sangat mudah dibawa. Anda juga boleh membelinya dengan pelan ansuran 24 bulan, jadi layari laman web rasmi untuk maklumat lanjut.

    Apakah fungsi yang anda lihat sewaktu membeli komputer perniagaan? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    JOI® Book 5115 Specs & Harga >

    JOI® Book 7115 Specs & Harga >

     

    Artikel Terkini

    Aeon Bank bakal mulakan operasi perbankan digital Islam pada akhir suku kedua 2024

    Aeon Bank (M) Bhd, yang merupakan salah satu daripada lima pemegang lesen perbankan digital di Malaysia, bakal memulakan operasi serta melancarkan aplikasi...

    Perkhidmatan ETS KTM bakal bermula di Segamat, Johor pada 1 Julai 2024

    Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) telah memberikan pendedahan mengenai Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) akan datang di Segamat, Johor yang akan mula beroperasi...

    realme Narzo 70x 5G akan dilancar pada 24 April 2024

    realme akan melancarkan telefon pintar mampu milik, realme Narzo 70x 5G, pada hari Rabu, 24 April 2024 di India jam 12:00 tengah...

    vivo Y200i dilancar: SD 4 Gen 2, bateri 6,000mAh, cas pantas 44W, skrin 120Hz...

    vivo telah memperkenalkan telefon pintar kelas permulaan terbaru di China iaitu vivo Y200i. Ia merupakan varian terbaru yang menggunakan penjenamaan tersebut, selepas...

    Infinix Malaysia ajak anda ke XFans Road Tour, boleh cuba sendiri NOTE 40 Series...

    Infinix Malaysia akan menganjurkan jelajah jerayawara XFans Road Tour di dua bandar utama dalam Semenanjung Malaysia bagi mengajak para pengguna untuk cuba...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured