More

    7 game apokalips untuk dimainkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan

    Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac 2020, kita sememangnya tiada sebab untuk keluar kerana khuatir bakal dijangkiti virus dan kebanyakan kedai juga telah tutup buat sementara. Anda mungkin dilanda kebosanan di rumah!

    Nasib anda baik kerana kami akan menyenaraikan 9 game apokalips RPG dan penembak untuk PC anda, jadi anda boleh mengisi masa lapang sehingga hujung bulan ini. Jom kita tengok senarai game!

    Fallout 4

    Fallout 4: RM118.50 di Steam

    Fallout adalah game role-playing apokalips yang dimainkan pada garis masa abad ke-22, di mana Amerika Syarikat dipenuhi kesan luruhan nuklear berikutan perang besar. Perang yang menyumbang kepada radiasi menyebabkan dunia tanpa penghuni dan banyak yang bertukar kepada makhluk aneh.

    Dalam Fallout 4, anda bermain sebagai salah satu karakter yang berjaya meneruskan hidup selepas perang dengan berlindung di tempat tertentu dalam dunia Fallout. Malangnya, semasa sedang berlindung, beberapa lelaki muncul dan menculik anak anda, membunuh isteri anda. Anda seterusnya perlu melengkapkan tugasan untuk mencari anak anda dan membalas dendam di atas kematian isteri anda.

    Horizon Zero Dawn

    Horizon Zero Dawn: RM79 di Playstation Store

    Game berikutnya adalah Horizon Zero Dawn yang mengisahkan dunia apokalips di mana mesin robot yang tidak diketahui asal usulnya menghuni tempat tersebut. Anda bermain sebagai protagonis Aloy, karakter yang terjumpa teknologi zaman purba, membolehkannya menyingkap kebenaran tentang tamadun purba.

    Dalam game ini, anda bakal merentasi perlawanan dengan mesin berupa haiwan, sekaligus mencari bayangan tentang sebab kemunculan mesin ini dan banyak lagi. Tambahan pula, game ini mempunyai pemandangan memukau yang akan membuat anda terpukau.

    World War Z

    World War Z: USD27.99 di Epic Games Store

    World War Z adalah penembak co-op pihak ketiga di mana anda bakal bertaruh dengan zombi dalam mencapai objektif untuk melepaskan diri. Menumpaskan zombi adalah lebih seronok jika anda bermain bersama rakan anda, yang mana game ini membenarkan anda bermain dengan tiga rakan anda dalam satu sesi.

    Pembangun game sebelum ini telah menyatakan bahawa game ini menyokong sehingga 1000 musuh pada skrin dalam satu masa dan musuh juga boleh memanjat sesama mereka untuk menyerang anda. Ringkasnya, World War Z adalah Left 4 Dead yang terkena suntikan steroid.

    "
    "

    The Division 2

    The Division 2: RM105 di Ubi Store

    Seperti World War Z, The Division 2 adalah penembak co-op pihak ketiga yang membenarkan anda bermain dengan tiga rakan anda. Namun, di sebalik melawan zombi, anda ditugaskan untuk mengambil semula Washington D.C. daripada geng Marauders.

    Oleh kerana ini adalah game RPG, anda akan mendapat perkara biasa seperti karakter dan perkembangan kemahiran, ditambah dengan senjata dan perisai yang boleh diubahsuai mengikut citarasa anda. Sebagai tambahan, terdapat juga ruang pemain lawan pemain yang dinamakan Dark Zone yang bukan hanya dipenuhi dengan rampasan luar biasa, tetapi ruang untuk anda berlawan dengan pemain lain.

    Resident Evil 3: Raccoon City

    Resident Evil 3: Raccoon City Demo percuma di Steam

    Jika anda lebih gemar akan sesuatu yang menyeramkan, anda boleh mencuba demo Resident Evil: Raccoon City di Steam. Game ini adalah berdasarkan game Resident Evil 3 asal yang dikeluarkan untuk Sony PlayStation pada tahun 1999.

    Sama dengan game asalnya, game ini mengisahkan karakter bernama Jill Valentine yang cuba melepaskan diri daripada bandar dengan penularan senjata-bio. Jika anda menyukai demo ini, anda boleh mendapatkan game penuh yang dijangka tersedia di PS4, Xbox One dan PC bermula pada 3 April 2020.

    DOOM Eternal

    DOOM Eternal: RM236.99 di Steam

    DOOM Eternal yang baru sahaja dikeluarkan tidak lama dahulu adalah game penembak ngeri utama dimana anda perlu menumpaskan tentera ‘Hell’ yang menyerang Bumi. Oleh kerana ini adalah game pemain perseorangan, ia menampilkan banyak momen hebat yang terlalu seronok, anda tidak boleh terlepas.

    Terdapat juga mod multiplayer 2 lawan 1 dimana anda boleh menang dengan menumpaskan pihak lawan melalui 5 pusingan perlawanan. Namun, jika anda terdedah kepada epilepsi, kami sarankan anda bermain game lain.

    Gears 5

    Gears 5: RM95 di Steam

    Gears 5 adalah game menarik bukan kerana ianya hadir dengan sokongan penuh multiplayer, tetapi juga hadir dengan beberapa mod multiplayer lain seperti Escape, Versus, Horde dan pembina peta untuk anda mereka cabaran anda sendiri. Anda dan empat rakan anda berkemungkinan menghabiskan masa beberapa jam dengan game ini setelah anda mencipta peta dan berjaya menghabiskan cabaran.

    Oleh kerana game yang agak ekstrem ini, kami tidak menggalakkan game ini untuk individu yang tidak boleh melihat darah. Anda yang mungkin terdedah kepada epilepsi juga mungkin boleh memilih game lain.

    Berdasarkan senarai, game manakah yang menjadi pilihan anda untuk dimainkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini? Ada yang kami tertinggal? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama TechNaveBM.com.

    Diterjemahkan daripada TechNave.com

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured