More

    7 perisian suntingan gambar percuma yang terbaik pada 2021

    Pelbagai telefon pintar kini dilengkapi kamera hebat yang amat membantu pengguna untuk mengambil gambar cantik. Malah, gambar-gambar tersebut boleh dicantikkan lagi jika anda menyuntingnya (edit) menggunakan perisian suntingan gambar profesional.

    Walau bagaimanapun, perisian suntingan biasanya amat mahal kerana ia lebih ditujukan kepada golongan profesional. Sebagai contoh, langganan untuk Adobe Photoshop sahaja berharga S$27.62 (~RM85) sebulan, jadi ia bukanlah pelan yang mampu milik jika anda merupakan ahli fotografi amatur atau sekadar penggambar hobi.

    Akan tetapi usah risau, kerana anda masih boleh menggunakan perisian suntingan percuma yang menyediakan fungsi suntingan asas. Walaupun fungsinya tidak sama seperti perisian profesional, ia adalah cukup untuk membuat suntingan ringkas serta mengajar anda tentang selok-belok penyuntingan gambar. Tanpa membuang masa, ayuh lihat tujuh perisian percuma yang terbaik untuk anda:

    GIMP

    Salah satu alternatif yang popular kepada Photoshop adalah GNU Image Manipulation Program atau GIMP. Ia merupakan perisian penyunting gambar percuma dan open-source yang dilengkapi pelbagai fungsi suntingan penting, serta boleh digunakan untuk pengguna Windows, Mac dan Linux.

    Ia boleh digunakan dengan kebanyakan format gambar, membuatkannya amat mudah untuk digunakan dengan gambar daripada sebarang kamera. Malang sekali, GIMP tidak mempunyai versi untuk telefon pintar oleh itu anda terpaksa memindahkan gambar daripada telefon ke dalam komputer. Selain itu, anda perlu mengambil masa yang agak lama untuk belajar menggunakan GIMP.

    Paint.NET

    Jika GIMP terlalu rumit untuk anda, mungkin Paint.NET adalah lebih sesuai. Perisian ringan ini tidak mempunyai bilangan fungsi yang sama banyak dengan GIMP, namun anda boleh memuat turun plug-in buatan pengguna (community-made plugins) untuk menambah fungsi yang anda mahukan.

    Ia dilengkapi beberapa efek dan penapis gambar (filters) yang boleh menghiasi gambar anda. Setakat ini, ia hanya boleh didapati dalam versi Windows dan tidak ada untuk Mac dan Linux.

    PhotoScape X

    PhotoScape X merupakan perisian suntingan gambar yang sangat popular di kalangan pengguna Windows dan Mac. Ia mempunyai fungsi yang banyak seperti GIMP, namun antara mukanya (user interface) adalah lebih mudah untuk difahami dan anda boleh menambah efek, teks atau potong gambar dengan cepat.

    "
    "

    Jika anda berpuas hati dengan perisian percuma ini dan ingin mempelajari suntingan fotografi yang lebih serius, anda boleh membeli PhotoScape X Pro Edition yang berharga RM159.

    IrfanView

    Selain penyunting gambar, anda juga memerlukan perisian untuk menunjukkan gambar (preview) anda dengan cepat dan boleh menyokong pelbagai jenis format gambar.

    Untuk tujuan ini, anda boleh menggunakan IrfanView yang membolehkan anda untuk lihat gambar-gambar dengan cepat dan mengenakan suntingan asas seperti penapis (filter), potongan (crop) dan menukar format. Setakat ini, ia hanya boleh digunakan dalam Windows.

    Snapseed

    Snapseed merupakan penyunting gambar untuk telefon pintar yang boleh digunakan dalam sistem operasi iOS dan Android. Perisian yang dibina oleh Google ini amat mudah digunakan untuk suntingan asas dan telah direka untuk penggunaan skrin sentuh pada telefon.

    Di samping itu, satu ciri yang amat menarik adalah ia tidak mempunyai sebarang iklan, oleh itu anda mungkin akan lebih selesa dengan aplikasi ini.

    Photo Editor

    Photo Editor merupakan sebuah penyunting gambar dalam telefon yang membenarkan pengguna untuk melukis di atas gambar. Selain itu, aplikasi ini juga membenarkan pengguna untuk mengeksport gambar dalam format JPEG, PNG, GIF dan banyak lagi.

    Di samping itu, ia juga boleh menyunting metadata dalam gambar seperti EXIF, IPTC dan XMP untuk membuang maklumat sensitif yang mungkin terdapat dalam gambar tersebut, seperti geolokasi dan waktu gambar itu diambil. Malang sekali, aplikasi percuma ini mempunyai iklan dalaman (in-app ads) dan anda hanya boleh membuang iklan itu jika anda membeli aplikasi ini dengan harga RM15.99.

    PicsArt

    PicsArt menyediakan pelbagai jenis fungsi yang tidak terdapat dalam Google Snapseed. Ia menawarkan fungsi lapisan (layers) di mana pengguna boleh menyunting beberapa gambar serentak untuk menghasilkan produk akhir yang menarik.

    Ia boleh digunakan secara percuma namun anda perlu bertahan dengan iklan dalamannya. Jika anda suka menggunakan aplikasi ini dan tidak tahan dengan kewujudan iklan, anda boleh melanggannya pada harga RM9.36 sebulan.

    Adakah anda berminat dengan mana-mana perisian atau aplikasi suntingan gambar di atas? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...