fbpx
More

    8 telefon pintar terbaik bawah RM1000 untuk dihadiahkan sempena Tahun Baru Cina 2022

    Tahun Baru Cina bakal tiba dalam beberapa hari lagi dan pasti ramai di antara anda yang masih mencari barangan untuk dihadiahkan kepada orang tersayang. Ramai orang lebih gemar membeli belah di platform dalam talian terutamanya sejak dilanda wabak COVID-19. Di sini, kami telah senaraikan 8 telefon pintar yang terbaik berharga bawah daripada RM1,000 yang boleh didapati di Shopee.

    1. realme 9i

    Telefon pintar yang baru sahaja dilancarkan iaitu realme 9i berharga RM869 di Shopee dilengkapi dengan cipset Snapdragon 680 6nm, skrin LCD FHD+ 6.6 inci, kadar penyegaran semula 90Hz, RAM 6GB atau 4GB yang boleh ditambah sebanyak 3GB atau 5GB dengan DRE (Dynamic Ram Expension) dan storan dalaman 128GB yang boleh dibesarkan dengan kad microSD sehingga 1TB.

    Ia menampilkan kamera utama 50MP, makro 4MP dan kamera hitam putih 2MP manakala kamera swafoto 16MP. Spesikasi telefon termasuk bateri 5,000mAh dengan pengecasan 33W Dart Charge, pembesar suara stereo dengan Hi-Res, pengimbas cap jari sisi dan bicu audio 3.5mm. Terdapat dua pilihan warna iaitu Prism Blue atau Prism Black.

    2. POCO M4 Pro 5G

    POCO M4 Pro 5G dilengkapi dengan skrin FHD+ 6.6 inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz, Gorilla Glass 3 dan dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 810. Ia mempunyai RAM LPDDR4X 4GB atau 6GB, storan UFS 2.2 64GB atau 128GB yang boleh dibesarkan dengan microSD sehingga 1TB dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W.

    Ia menampilkan kamera utama 50MP dan ultra-lebar 8MP manakala kamera swafoto 16MP. Terdapat spesifikasi lain termasuk perisian MIUI 12.5 For POCO berdasarkan Android 11, dwi-pembesar suara, bicu audio 3.5mm, pemancar infra-merah (IR), pengimbas cap jari di sisi, Bluetooth 5.1 dan NFC. Ia hadir dalam warna POCO Yellow, Power Black dan Cool Blue berharga RM999 di Shopee.

    3. Samsung Galaxy A22 5G

    Telefon pintar Samsung Galaxy A22 5G dilengkapi dengan cipset Mediatek Dimensity 700 5G, skrin LCD FHD+ 6.6 inci dengan kadar segar semula 90Hz, RAM 8GB dan storan 128GB serta bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 15W. Ia mempunyai kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 5MP dan sensor kedalaman 2MP manakala kamera hadapan 8MP.

    Telefon ini menggunakan Android 11 dengan antara muka OneUI 3.1 dan mempunyai bicu audio 3.5mm, kad microSD, Bluetooth 5.0, NFC, port USB-C dan pengimbas cap jari di bahagian sisi. Ia hadir dalam warna kelabu, mintdan ungu berharga RM999 di Shopee.

    4. OPPO A16K 

    OPPO A16K menampilkan cipset MediaTek Helio G35, RAM 3GB, storan 32GB dan bateri 4,230mAh dengan teknologi Pengecasan Malam Dioptimumkan (Optimised Night Charging), Paparannya menggunakan HD+ 6.52 inci dengan sokongan teknologi Penjagaan Mata Sepanjang Hari (All-Day Eye Care) yang terdiri daripada Paparan Cahaya Matahari (Sunlight Display), Paparan Cahaya Bulan (Moonlight Display) dan lampu latar pintar AI. 

    Ciri lain termasuk rating IPX4, heatsink kepingan grafit, kamera belakang 13MP dengan beberapa ciri kamera dan perisian ColorOS 11.1 baharu. Anda boleh dapatkan OPPO A16K di Shopee pada harga RM549.

    5. Redmi 10 

    Redmi 10 mempunyai cipset MediaTek Helio G88 octa-core 2.0GHz, skrin FHD+ 6.5 inci dengan penyegaran semula 90Hz, teknologi AdaptiveSync, paparan antara muka MIUI 12.5, bateri 5,000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W dan disertakan palam pengecaj 22.5W tersedia di dalam kotak.

    Ia mempunyai kamera utama 50MP, ultra-lebar 8MP, makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP manakala di bahagian hadapan terdapat lubang (punch-hole) di bahagian tengah atas untuk kamera swafoto 8MP. Xiaomi Redmi 10 tersedia dalam warna matte Carbon GrayPebble White dan Sea Blue. Anda boleh dapatkan Redmi 10 di Shopee dengan harga RM649.

    6. HONOR 50 Lite

    HONOR 50 Lite dilengkapi perkhidmatan Google Mobile Services (GMS), bateri 4,300mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W HONOR SuperCharge. Ia mempunyai skrin LCD HONOR FullView Display berukuran 6.67 inci dengan resolusi FHD+ (1080 x 2376), pengiktirafan penapis cahaya biru Level TÜV Rheinland Low Blue Light Certification.

    Peranti hadir dalam warna biru Deep Sea Blue, perak Space Silver dan hitam Midnight Black berharga RM999 di Shopee. Menampilkan kamera utama 64MP, sensor ultra-lebar 8MP, makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP manakala kamera swafoto 16MP. Ia juga mempunyai RAM 8GB dan storan dalaman 128GB.

    7. vivo Y33s

    vivo Y33s boleh didapati di Shopee dengan harga RM998 menampilkan cipset Helio G80 2.0GHz, skrin 6.58 inci FHD+, RAM 8GB+4GB dengan teknologi Extended RAM 2.0 dan storan dalaman 128GB. Ia membawa kamera utama 50MP, kamera bokeh 2MP dan kamera makro 2MP serta kamera hadapan 16MP yang menyokong penstabilan imej elektronik (EIS) dan Face Beauty.

    Spesifikasi lain termasuk bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W, perisian Funtouch OS 11.1 berdasarkan Android 11, fungsi Ultra Gaming Mode dan vivo Multi Turbo 5.0.

    8. Infinix Zero X Neo

    Infinix Zero X Neo berharga RM879 sahaja di Shopee yang dilengkapi dengan cipset Helio G95, skrin LCD FHD+ 6.78 inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz, RAM 8GB, storan 128GB, bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 18W dan beroperasi atas Android 11.

    Ia mempunyai kamera utama 48MP, telefoto 8MP dan sensor kedalaman 2MP manakala kamera hadapan membawa lubang tebuk (punch-hole) 16MP. Spesifikasi lain termasuk pengimbas cap jari di bahagian tepi, dua pembesar suara, bicu fon 3.5mm dan port USB-C.

    Dengan bajet bawah RM1000, anda boleh hadiahkan diri anda atau orang tersayang telefon pintar dengan spesifikasi terbaik melalui platform Shopee sempena Tahun Baru Cina ini. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri iQOO Z9 5G dilancar di Malaysia: SD 7 Gen 1 & bateri 6,000mAh...

    Seperti khabar angin sebelum ini, iQOO Malaysia telah melancarkan dua model telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan iaitu iQOO Z9 5G...

    KWSP umumkan Akaun 3, penstrukturan semula bermula 11 Mei 2024

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersedia untuk mendedahkan Akaun 3 atau akaun Fleksibel pada 25 April hari ini, menandakan penstrukturan semula yang...

    AS akan haramkan TikTok jika ia tidak dilepaskan daripada syarikat China

    Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah menandatangani satu rang undang-undang yang akan mengharamkan penggunaan platform media sosial TikTok dalam negara itu,...

    Qualcomm umumkan Snapdragon X Plus, cipset komputer riba berasaskan ARM

    Qualcomm Technologies, Inc. memperkenalkan Snapdragon X Plus, mengembangkan portfolio platform siri Snapdragon X yang terkenal. Snapdragon X Plus adalah CPU Qualcomm Oryon...

    WhatsApp sedang uji ciri berkongsi fail tanpa sambungan internet

    WhatsApp sedang bersiap untuk kemas kini penting yang satu memberi tumpuan kepada membolehkan perkongsian fail melalui rangkaian tempatan dan menambah ciri mengambil...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X