More

    9.9 Jualan Jenama dan Lebih Lagi Lazada: Promosi sehingga 80% ganjaran pulangan tunai

    Lazada Malaysia menganjurkan acara tahunan 9.9 Jualan Jenama dan Lebih Lagi bermula 9 hingga 11 September 2022 dengan Program Keahlian LazMall Store (LazMall Store Membership Programme), Cuba & Beli (Try & Buy) dan baucar penghantaran percuma. Di samping itu, pelanggan juga boleh membeli produk buatan Malaysia dari peniaga tempatan untuk inisiatif Sapot Lokal x Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) demi menjana pertumbuhan ekonomi Malaysia.

    Dengan LazMall Store Membership, pelanggan akan memperolehi mata ganjaran menarik apabila mendaftar sebagai ahli serta akses kepada baucar ahli eksklusif untuk menikmati penjimatan berganda dengan jenama yang mengambil bahagian. Bagi pelanggan yang ingin mencuba produk tertentu sebelum membeli produk bersaiz penuh, mereka boleh menggunakan ciri Try & Buy untuk membeli produk percubaan pada harga serendah RM0.30. 

    Penghantaran Percuma: Sepanjang Jualan 9.9, pelanggan boleh mengumpul sebanyak 10 baucar yang akan dikeluarkan dan diperbaharui setiap hari menerusi Lucky Egg, apabila mendaftar untuk Voucher Club atau halaman Free Shipping di halaman utama aplikasi Lazada. Terdapat juga baucar penghantaran percuma bernilai RM5 dengan perbelanjaan minimum RM8 yang juga akan dikeluarkan setiap hari 

    LazCoins: Pelanggan Lazada boleh mendapatkan 80% ganjaran pulangan tunai LazCoins tanpa perbelanjaan minimum. 99 pembayaran pertama dari pukul 12 hingga 2 pagi pada 9 hingga 11 September akan layak untuk menerima 999 ganjaran pulangan tunai LazCoins dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM99. Sehingga 15% ganjaran pulangan tunai LazCoins akak diberi bagi pelanggan yang membuat pembayaran dari 26 Ogos sehingga 8 September, tanpa perbelanjaan minimum.

    Chup Dulu: Set produk eksklusif dan barangan dengan meletakkan 10% deposit yang tidak boleh dikembalikan bermula sekarang sehingga 8 September. Kemudian, hanya perlu membayar baki selebihnya pada 9 September bermula 2 pagi. Barangan tersebut akan terus diproses untuk penghantaran selepas dibayar penuh.


    Akhir sekali, terdapat juga Lazada Experts & Beyond 9.9 Persembahan Mega 2 Hari di LazLive dan platform sosial rasmi Lazada pada 8 dan 9 September. Peminat boleh merakam selebriti seperti Nabila Razali, Nora Danish, Naim Daniel, Syafiq Aiman, cef selebriti Sherson Lian, pakar kecergasan Jordan Yeoh, juara permainan Jaasuzuran dan dari kumpulan pop wanita, Dolla.

    Masih terdapat beberapa promosi 9.9 yang lain seperti Lazzie Hunt dengan ganjaran sehingga RM3 juta, Lazada Wallet sehinga RM1,999, Lazada Bonus RM9 dan banyak lagi. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured