More

    GTA 6 bakal dilancar pada platform PS5 dan Xbox Series X|S pada 2025

    Sebelum ini, kami melaporkan bahawa treler pertama Grand Theft Auto VI (GTA 6) akan dikeluarkan pada 5 Disember tetapi tidak seperti dijangka, ia dikeluarkan lebih awal. Permainan ini akan dilancarkan secara rasmi pada 2025. Menurut pengumuman rasmi Rockstar, GTA 6 akan dilancarkan pada platform konsol PlayStation 5 dan Xbox Series X|S pada tahun 2025.

    Namun, pihaknya belum menyebutkan jika permainan ini tersedia untuk platform PC. Jadi, ia mungkin menjadi ekslusif untuk konsol bagi masa yang terhad. Sam Houser, pengasas Rockstar Games, berkata bahawa GTA 6 akan menyampaikan pengalaman dunia terbuka yang sangat mengasyikkan dan didorong oleh cerita.

    GTA 6 akan mengetengahkan kehidupan di Leonida iaitu rumah ikonik pada GTA: Vice City dan terdapat perubahan terbesar pada siri GTA setakat ini. Rockstar juga berkata bahawa syarikat itu melancarkan GTA 3 pada tahun 2001 yang merupakan perintis jenis permainan video dunia terbuka.

    Dengan keluaran seperti GTA: Sin City, GTA: San Andreas dan GTA 4, GTA telah menjadi permainan yang paling laris dan paling berpengaruh. Untuk pengetahuan, permainan GTA 5 telah terjual sehingga 190 juta unit setakat ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Take-Two Inc

     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured