More

    95% kawasan Singapura kini mempunyai rangkaian 5G, 3 tahun lebih awal daripada sasaran asal

    Syarikat telekomunikasi Singapura, Singtel, melaporkan bahawa ia sudah mencapai lebih 95 peratus untuk rangkaian telekomunikasi 5G di seluruh wilayah republik itu. Pencapaian ini adalah tiga tahun lebih awal daripada yang disasarkan iaitu sekitar 2025.

    Rangkaian 5G Singtel kini terdapat di lebih 1,300 lokasi luar bangunan serta 400 lokasi dalam bangunan dan bawah tanah, menjadikan Singapura negara pertama yang menyediakan rangkaian 5G secara persendirian (standalone). Rangkaian tersebut bakal menyediakan internet dengan kelajuan 20 kali ganda lebih pantas berbanding 4G.

    Singtel telah diberikan lesen untuk membina infrastruktur 5G bersama StarHub-M1 sejak Jun 2020 oleh Infocomm Media Development Authority (IMDA) iaitu pihak berkuasa media untuk kerajaan Singapura. Syarikat itu telah membina rangkaian pertama (pilot network) pada Julai 2018, diikuti dengan rangkaian persendirian pada Mei 2021 dan rangkaian 5G bawah tanah dalam MRT pada Mei 2022.

    Bagi meraikan pembinaan rangkaian 5G meluas ini, Singtel akan menyiarkan Perbarisan Hari Kebangsaan Singapura sepenuhnya pada 9 Ogos 2022 dengan rangkaian 5G. Dengan menyiarkan acara berskala besar ini, ia akan menguji keutuhan infrastruktur rangkaian 5G tersebut.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Berita MediaCorp

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured