More

    Tempahan smart #3 kini dibuka di Malaysia bersama pengumuman harga baharu smart #1

    smart Malaysia telah memperkenalkan smart #3 SUV Coupe dalam program Malaysia Autoshow 2024 di MAEPS Serdang dan sedia untuk menerima tempahan daripada orang ramai. smart Malaysia merupakan wakil penjual pertama dalam negara ASEAN menerima tempahan smart #3.

    smart #3 telah memenangi Anugerah Reka Bentuk iF dan Anugerah Reka Bentuk Red Dot yang mana kualiti reka bentuk diketuai oleh pasukan global Mercedes-Benz. smart #3 memperkenalkan 3 varian iaitu varian BRABUS, Premium dan Pro yang direka khas untuk pasaran di Malaysia.

    Varian BRABUS dan Premium menawarkan pengecas AC 22kWj yang boleh mengecas bateri dari 10% hingga 80% dalam masa kurang dari 3 jam. Selain itu, smart #3 juga menambah baik teknologi keselamatan terkini dengan 23 sensor berketepatan tinggi yang menyokong 21 fungsi ADAS.

    smart #3 Premium menampilkan Panoramic Halo Roof, CyberSparksLED+ dengan bantuan lampu adaptif, Gril Hadapan Bercahaya dan Bateri NCM 66kWj. Ia dilengkapi dengan motor 200kW/343Nm yang memacu roda belakang kenderaan memberikan jarak WLTP sehingga 455km.

    Varian smart #3 BRABUS pula mempamerkan masa pecutan 0-100km/j dengan Mod Rocket Launch dalam masa 3.7 saat. Ia dilengkapi kuasa pemanduan dwi-motor dengan pacuan empat roda (AWD) 315kW/543Nm memberikan jarak WLTP sehingga 415km.

    Pelanggan yang membuat tempahan awal berpeluang menerima barangan rasmi smart eksklusif bernilai sehingga RM1,500. Tawaran terhad ini dikhaskan kepada 333 pelanggan pertama dengan bayaran tempahan RM1,000 yang boleh dikembalikan semula.

    Dalam pada masa yang sama, smart Malaysia juga mengumumkan harga baharu untuk model smart #1 Premium (RM209,000) dan Pro (RM169,000). Tambahan, pakej servis kenderaan 4 tahun diberikan secara percuma kepada pemilik sedia ada smart #1 Premium dan Pro. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi smart Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu model smart dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured